OPICK atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus mungkin tidak
memiliki nama yang gah seumpama penyanyi Once mahupun Ahmad Dhani di
Malaysia kerana dia merupakan seorang penyanyi lagu-lagu berunsur
ketuhanan.
Begitupun, lagu-lagu berunsur sebegitu hasil nukilan penyanyi yang
berasal dari Jawa Timur, Indonesia itu sangat popular dan ada di
antaranya menjadi siulan di Malaysia sehingga kini.
Salah satu lagu yang paling popular ciptaannya sudah tentu yang
berjudul, Dealova yang pernah dialunkan Once bersama kumpulan Dewa,
malah penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza dalam album Tahajjud Cinta
juga menyanyikan lagu Opick iaitu Ketika Cinta dengan susunan muzik
baharu.
Lagu itu juga menjadi lagu tema filem Indonesia yang berjudul, Perempuan Berkalung Sorban.
Bertemu dengan Opick ketika kedatangannya ke Malaysia di Restoran
Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini, Opick mendedahkan, Dealova
sudah lama diciptanya tetapi tiada seorang pun penyanyi di Indonesia
mahu menyanyikannya.
"Tiada seorang penyanyi mahu menyanyikan lagu itu (Dealova). Kata
mereka sulit (sukar) untuk mendendangkannya. Hinggalah pada suatu hari
ada syarikat muzik datang kepada saya berbincang mengenai lagu itu dan
Once menjadi satu-satunya penyanyi yang sanggup mendendangkannya.
"Jadi, saya berikan lagu itu kepadanya untuk dinyanyikan," ulasnya
mengenai lagu Dealova yang menggambarkan rasa cintanya terhadap Allah
SWT.
Biarpun lagu yang dipopularkan Once itu dianggap peminat sebagai
ditujukan buat seorang kekasih yang dicintai, ia tidak menjadi masalah
buat Opick.
Ujarnya: "Ketika saya menghasilkan Dealova, ia menggambarkan betapa
besarnya perasaan rindu saya kepada Allah juga kepada Rasulullah.
"Bagaimanapun, apabila Once menyanyikannya dan lagu ini dianggap buat
kekasih hati, ia tidak apa-apa bagi saya kerana terpulang kepada
penilaian pendengar. Apa yang mereka fikir, saya tidak boleh mengatakan
ia salah kerana itu hak masing-masing."
OPICK mengumpamakan mencipta lagu sama seperti memeluk anak tersayang. |
Justeru, kenapa dia sendiri tidak menyanyikan Dealova sebelum ini?
Jujur akui Opick, ketika itu dia belum dikenali ramai seperti hari ini.
Begitupun, sebagai seorang pencipta lagu itu dia tidak menyangka lagu
tersebut sangat disukai ramai kerana baginya, ia sudah cukup
menggembirakan apabila sesebuah lagu itu siap dihasilkan.
"Apabila Dealova berjaya dipopularkan oleh Once, saya bersyukur dan
anggap kejayaan itu sebagai bonus," ungkapnya yang pada awal kariernya
merupakan seorang penyanyi rock.
Penyanyi rock
Mengenali Opick, dia sebenarnya seorang penyanyi rock yang memiliki
vokal yang hebat tetapi lagu-lagu ciptaannya bagaimanapun tidak diterima
peminat kerana semuanya berunsur protes.
Kehidupan akan datang memang tidak mampu ditebak. Opick yang dulunya
tidak pernah menyebut nama Tuhan dalam lagu-lagunya kini dikenali
sebagai penyanyi yang mencipta lagu-lagu berunsurkan ketuhanan.
Bukan sahaja lagu-lagunya berunsurkan ketuhanan malah dirinya juga
berubah yang mana ia selalu dibaluti oleh jubah dan juga serban.
"Dulu hidup saya gelap. Saya suka protes dan seorang pemarah. Malah
karya-karya saya juga penuh dengan rasa kebencian terhadap kerajaan
mahupun apa jua perkara yang saya tidak suka.
"Tiba-tiba Allah bagi saya hidayah untuk mendekatinya dan sentiasa
tulis tentang Dia," akuinya yang kini sudah menghasilkan lapan album
berunsurkan ketuhanan.
Sangat jarang, lagu-lagu yang bercerita tentang ketuhanan mampu
sukses secara komersial di pasaran namun Opick membuktikannya
sebaliknya.
Album pertamanya berjudul Istiqhfar pada tahun 2005 begitu sukses.
Sebulan di pasaran, Istighfar berjaya dijual lebih 300,000 unit dan
mencapai status 'double platinum'.
Kejayaan Opick bukan sampai di situ sahaja malah selepas album
keduanya berjudul Semesta Bertasbih keluar pada tahun 2006, ia turut
mencapai kejayaan.
Tahun demi tahun, album-albumnya yang lain turut keluar iaitu Ya
Rahman (2007), Cahaya Hati (2008), Di Bawah Langit (2009), Shollu Ala
Muhammad (2010), The Best Of Opick (2011) dan kini hadir ke Malaysia
untuk mempromosikan album terbaharunya berjudul Salam Ya Rosulullah
terbitan syarikatnya, Tombo Ati Production yang diedarkan secara
eksklusif oleh Inteam Records Sdn. Bhd.
Memuatkan 10 buah lagu termasuk Anta Allah, Ya Hannan Ya Mannan, Bila
Waktu T'lah Berakhir, Salam Ya Rosulullah, Syukur Atas Karunia, dan
Dealova yang dinyanyikan dengan gubahan muzik baharu sesuai dengan
jiwanya.
Melly Goeslow
Selain menjadi penyanyi solo, Opick juga tidak mengehadkan dirinya
untuk berkolaborasi bersama artis-artis terkenal seperti Melly Goeslow
melalui lagu Takdir serta penyanyi remaja, Amanda menerusi lagu
Alhamdulillah.
LAGU Dealova menjadi pencetus kepada peminat muzik untuk mengenali dengan lebih dekat karyawan muzik berbakat besar ini.
Bicaranya, dia tidak pernah keberatan menghasilkan lagu untuk
didendangkan penyanyi lain, tetapi akuinya, lagu ciptaannya akan
mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
"Terus terang, saya bukan seorang pengkarya lagu yang terburu-buru.
Saya lebih selesa memastikan setiap patah perkataan digunakan sesuai dan
tepat malah cukup berhati-hati ketika menulis. Biar ada makna dan jujur
tanpa pembohongan," tegasnya.
Menganggap lagu yang dihasilkannya itu ibarat seperti sebuah cermin,
ungkapnya, sebagai cermin, sudah tentu lagu itu menjadi cermin untuk
dirinya dan juga mereka yang mendengarnya.
Harapannya, agar setiap lagu yang diperdengarkan itu benar-benar memuatkan mesej kebaikan.
"Dalam keadaan dunia moden hari ini saya dapati ramai di antara kita
yang semakin lalai dan lupa kepada agama. Jadi, dengan mendengarkan
lagu-lagu yang memuji kebesaran Allah dan Rasul-Nya, maka secara tidak
langsung ia akan membawa kita untuk kembali semula ke jalan-Nya," tutur
Opick.
Menurut bapa kepada empat orang cahaya mata perempuan ini lagi,
setiap lagu yang dihasilkan diumpamakan seperti memeluk anaknya. Dia
cuba merasakan pelukan itu mungkin yang terakhir dilakukannya. Begitu
juga dengan lagu-lagu yang dihasilkannya.
Ujarnya, dia sentiasa beranggapan setiap karya dihasilkan itu mungkin
yang terakhir dan ia perlu disiapkan dengan teliti dan sempurna.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan