BRIGHTON - Pemain pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny yakin
pengalaman pahit tewas kepada pasukan kerdil, Bradford City memberi
pengajaran yang berguna buat skuad The Gunners.
Koscielny berkata, pengalaman itu membantu mereka daripada dimalukan
buat kali kedua kepada Brighton & Hove Albion pada aksi pusingan
keempat Piala FA di Stadium Amex malam ini.
Peluang Arsenal lebih realistik dalam kempen Piala FA musim ini
tetapi mereka perlu menewaskan kelab Liga Kejuaraan tersebut pada aksi
kelompok 32 pasukan terbaik itu.
Brighton yang dibimbing Gus Poyet berpeluang untuk melakar satu lagi
kejutan musim ini selepas menyingkirkan kelab Liga Perdana England,
Newcastle United.
Koscielny dan rakan-rakan sepasukan perlu lebih berhati-hati selepas
dimalukan Bradford menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi suku
akhir Piala Liga di Valley Parade, Disember lalu.
"Pengajaran yang paling besar kami peroleh adalah kualiti tidak
semestinya menjamin sesebuah pasukan dalam sesuatu perlawanan. Semua
pasukan perlu memberikan sepenuh perhatian pada perlawanan tersebut.
"Kami perlu bersedia untuk bersaing dan mengekalkan kualiti serta
bermain seperti biasa pada setiap perlawanan. Jika kami bermain seperti
ini, kami pasti akan menang," kata Koscielny.
Koscielny berkata, tidak kira sama ada Piala FA atau Piala Perancis,
situasinya tetap sama iaitu semua pasukan kerdil ingin menewaskan
pasukan gergasi.
"Mereka pasti gembira sekiranya dapat menumpaskan lawan seperti
Arsenal. Jadi, ia menjadi sesuatu yang sukar buat kami. Kami perlu
bermain dengan baik. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan