LONDON - Penyerang Arsenal, Marouane Chamakh menyertai West Ham
United secara pinjaman sehingga akhir musim ini, kata kelab baru pemain
itu semalam.
Chamakh menyertai Arsenal pada 2010 juga menerusi pinjaman dari kelab
Perancis, Bordeaux namun sukar untuk mengukuhkan kedudukan dalam skuad
utama sebelum terus tersisih dengan kemasukan pemain baru.
Pemain antarabangsa Maghribi berusia 28 tahun itu menjaringkan lapan gol liga sepanjang 40 penampilan bersama Gunners.
"Saya sangat gembira berada di sini. Saya mahu beraksi dan memberikan yang terbaik untuk pasukan ini.
"Saya mampu membawa kebolehan saya menerusi tandukan, jaringan dan kita akan lihat nanti.
"Ini adalah perpindahan yang penting buat saya dan saya tidak mahu lagi mempersia-siakan masa," katanya. - REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan