Rabu, 9 Januari 2013

Harga sebenar Mat Yo


NORSHAHRUL (kanan) mencetuskan kontroversi apabila beralih arah dengan menyertai Johor DT musim ini.


NILAI tebus kontrak penyerang Johor Darul Takzim (Johor DT), Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo bakal terjawab hari ini.

Sedar isu tersebut semakin berlarutan, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan bahawa satu sidang akhbar khas akan diadakan hari ini bagi menentukan jumlah sebenar nilai tebus kontrak Mat Yo.

Azzuddin memberitahu, mesyuarat itu bakal dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan.

"Biarlah pihak yang sepatutnya menjelaskan perkara itu dengan lebih tepat.
"Kita tunggu sahaja keputusan status Mat Yo esok (hari ini)," kata Azzuddin ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Terdahulu, isu tebus kontrak Mat Yo dengan bekas majikannya, Persatuan Bola Bola Sepak Kelantan (KAFA) dilihat seperti tiada kesudahannya.
Selain Mat Yo turut menerima tempias ekoran isu terbabit, sudah tentu majikan baharunya, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Gara-gara isu tersebut, dua individu - Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dan Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim - tampil memberikan kenyataan kepada pihak media sejak beberapa minggu lalu.

Biarpun Mat Yo telah menjelaskan bayaran berupa draf bank berjumlah RM250,000 kepada KAFA, namun badan induk itu masih sangsi dengan tujuan pembayaran tersebut kerana tidak dinyatakan jenis pembayaran berkenaan.

KAFA menegaskan, ini kerana Mat Yo sepatutnya membayar harga tebus kontrak tersebut dalam tempoh 30 hari selepas didaftarkan dengan pasukan baharu.

Kelmarin, Annuar turut membuat kenyataan kepada pihak media bahawa Mat Yo perlu melunaskan bayaran tidak kurang daripada RM1 juta.

Annuar berkata, jumlah tersebut adalah cukup relevan selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk bayaran penamatan kontrak, yuran perpindahan dan pinjaman serta pelbagai insentif yang diberikan oleh KAFA.

Mat Yo menamatkan kontraknya dengan KAFA pada 1 November lalu iaitu 13 bulan lebih awal sebelum kontrak sebenarnya tamat

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan