PERAK dijangka menggunakan formasi 4-2-4 bagi mengekang kemaraan
skuad impian, Johor Darul Takzim (Johor DT) dalam saingan Liga Super di
Johor Bahru malam ini.
Jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah membayang- kan akan menggunakan
formasi tersebut dalam usaha mengekang kemaraan skuad yang dibarisi
pemain bintang ternama itu.
Sebelum ini, Azraai menggunakan formasi tersebut bagi mengawal
kemaraan T-Team pada aksi yang berlangsung di Lumut, Selasa lalu dan
hasilnya Perak berjaya mencatat kemenangan 1-0.
Azraai menggunakan Rafel Souza, Shahrom Kalam, Khairi Kiman dan M.
Sivakumar bagi mematahkan serangan T-Team yang diketuai bintang import,
George Boateng.
"Perak akan mengekalkan corak permainan tersebut kerana persembahan
yang dipamerkan oleh para pemain ternyata bertenaga," jelas Azraai di
Ipoh semalam.
Kawalan ketat perlu dilakukan ke atas setiap pergerakan bintang Johor
DT seperti Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, Mohd. Shafiq Rahim dan
Azwan Roya kerana mereka mampu menggegarkan gawang Perak.
Selain itu, Azraai dijangka mengekalkan bekas penjaring terbanyak
Liga Super 2012, Abdul Hadi Yahaya bersama-sama Mohd. Failee Ghazali,
Yong Kuong Yong dan Mohd. Nasir Basharuddin sebagai penggempur utama
Perak.
Namun begitu, Perak perlu lebih berhati-hati semasa bertandang di
gelanggang lawan kerana Johor DT sudah pastinya mahu mencari kemenangan
pertama.
Sebelum ini, anak-anak buah Fandi Ahmad kalah mengejut kepada
pendatang baharu Liga Super, Pahang 2-3 pada aksi pembuka tirai, Selasa
lalu.
Skuad yang mendapat jolokan Harimau Selatan itu sudah pasti akan menurunkan barisan terkuatnya bagi mencari kemenangan pertama.
Menurut Azraai, Perak sudah bersedia untuk berdepan lawan mereka itu
dan berharap kedua-dua pasukan dapat mempamerkan permainan yang
berkualiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan