SYDNEY - Kelab Perth Glory sedang berunding dengan pengurusan Michael Owen untuk membawa bekas pemain England itu ke Liga A Australia, kata laporan semalam.
Owen, 33, yang menjaringkan 40 gol dalam 89 perlawanan antarabangsa
buat England dan pernah bermain di Liverpool, Real Madrid dan Manchester
United, ketika ini bermain buat Stoke City dalam Liga Perdana England.
Glory mempunyai baki satu posisi dalam skuad mereka bagi pemain
antarabangsa itu selepas melepaskan penyerang Ireland, Billy Mehmet
minggu ini dan belum memiliki seorang pemain asing.
Seorang jurucakap Glory mengesahkan kelab itu berminat dalam
memperoleh khidmat Owen tetapi berkata, rundingan mereka masih di
peringkat awal.
"Perth Glory berminat tetapi belum mengetahui terma dan syarat Michael.
"Sehingga ini diketahui, Perth Glory tidak akan memasuki sebarang rundingan lagi," kata kelab berkenaan.
Jika Owen menyertai Glory, dia akan menjadi pemain antarabangsa
berprofil tinggi keempat dalam Liga A musim ini, di samping pemain
Itali, Alessandro Del Piero, pemain Jepun, Shinji Ono dan penyerang
England, Emile Heskey. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan