BARCELONA - Pemain pertahanan Sepanyol, Carles Puyol menandatangani
kontrak lanjutan selama tiga tahun bersama Barcelona kelmarin.
Keputusan itu bakal menyaksikan Puyol, 34, menamatkan karier bersama
kelab gergasi Sepanyol yang disertai sejak dari zaman remajanya lagi.
"Saya gembira kerana akan terus beraksi bersama Barcelona.
Perancangan saya memang mahu kekal bersama Barcelona untuk tempoh
beberapa tahun yang boleh," kata Puyol.
Kontrak lama Puyol bakal tamat pada penghujung musim ini.
Sebagai rekod, dia mula menyarung jersi skuad utama Barcelona pada 1999 dan telah menjadi kapten pasukan itu sejak 2004.
Sepanjang penampilan bersama skuad The Catalan, dia telah
membantu kelab itu menjuarai trofi Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali
dan lima trofi kejuaraan Liga Sepanyol termasuk beberapa kejayaan lain.
Ketika ini, Barcelona memimpin carta Liga Sepanyol dengan mengumpul 55 mata. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan