LONDON - Andre Villas-Boas yakin Tottenham
Hotspur mampu mengekalkan cabaran dalam saingan Liga Perdana Inggeris
meskipun tanpa penyerang Emmanuel Adebayor.
Adebayor bakal menyertai Togo untuk beraksi dalam saingan Piala
Afrika selepas membuat penampilan kelmarin bersama Aston Villa ketika
seri tanpa jaringan dengan Queens Park Rangers.
Ketiadaan Adebayor menyebabkan Villas-Boas terpaksa mengharapkan seorang penyerang sahaja iaitu Jermain Defoe.
Namun Villas-Boas yakin skuad ketika ini mampu menghadapi setiap perlawanan dengan baik.
"Kami pernah beraksi tanpa Adebayor kerana kecederaan dan
penggantungan. Ketika itu Clint Dempsey (pemain tengah) melakukan tugas
dengan baik bersama Defoe.
"Itu juga adalah gandingan yang baik pada musim ini.
"Sudah tentu dia adalah pemain yang kami percaya malah pernah menjaringkan tiga gol buat kelab pada dua perlawanan sebelum ini.
"Malah dia sentiasa menjadi penjaring kami dan juga antara penjaring terbanyak pasukan," kata Villas-Boas.
Villas-Boas turut bimbang jika salah seorang daripada Defoe atau
Dempsey cedera ketika ketiadaan Adebayor boleh menyebabkan Spurs sukar
untuk membuat pilihan di bahagian serangan.
"Ketika ini pasaran perpindahan pemain masih lagi dibuka.
"Sekiranya perlu kami akan lakukan untuk mendapatkan pemain," kata Villas-Boas. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan