LONDON - Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez bersedia
mengambil risiko dengan menurunkan kapten, John Terry pada pertemuan
menentang Arsenal malam ini.
Benitez menjelaskan bahawa kualiti kepimpinan yang ada pada Terry amat di tagih skuad The Blues dalam usaha mengakhiri rekod tanpa menang di Stadium Stamford Bridge.
Terry tampil sebagai pemain gantian ketika menentang Stoke City
minggu lalu sejak dia tidak lagi menjadi pilihan dalam kesebelasan utama
Chelsea selepas seri 1-1 dengan Liverpool, November lalu.
Semenjak itu, The Blues sekadar memenangi satu perlawanan di
gelanggang sendiri, sekali gus memaksa Benitez mempertimbangkan untuk
membenarkan pemain berusia 32 tahun itu kembali dalam skuad utama
Chelsea.
"Kami memiliki pemain yang bagus. Ada di antara mereka telah menunjukkan karakter mereka," ujar Benitez.
"Kami memiliki sekumpulan pemain yang ada kualiti dan kadang-kadang, kami terlepas pandang mengenai hal itu.
"Dia (Terry) adalah seorang pemain berkarakter tinggi yang kami
miliki. Dengan kehadiran pemain itu, motivasi skuad akan meningkat.
"Saya berharap dia akan beraksi seperti biasa dan kami akan lihat
satu pengaruh yang positif sebagaimana saya berharap ia akan kekal
sehingga akhir musim ini."
Selain menuntut barisan pemainnya kekal tenang bertemu dengan The Gunners, Benitez sekali lagi menggesa peminat-peminat The Blues supaya bersabar dengan pasukannya.
"Masa sentiasa berjalan. Kami memiliki pemain berpengalaman yang akan membantu pemain-pemain baharu.
"Pemain-pemain baharu itu sedar betapa bermakna kejuaraan Liga
Perdana England dan beraksi bersama Chelsea untuk bersaing merebut
trofi," jelasnya. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan