Isnin, 7 Januari 2013

Tiada peluang kedua buat Lampard



LAMPARD tiada dalam perancangan Chelsea sebaik kontraknya tamat akhir musim ini.


LONDON - Chelsea dilaporkan bertekad untuk tidak menawarkan perjanjian baharu kepada pemain tengah England, Frank Lampard sebaik kontraknya tamat akhir musim ini.

"Sebelum ini, eksekutif Chelsea telah memberitahu perkara tersebut kepada Lampard iaitu ketika beraksi pada kempen Piala Kelab Dunia di Jepun. Ia disahkan sekali lagi selepas kejayaan menewaskan Everton kelmarin.

"Ini bermakna dalam apa jua keadaan, dia tidak akan ditawarkan kontrak baharu bersama kelab ini.

"Jadi, tidak ada perubahan akan berlaku selepas ini," kata ejen Lampard, Steve Kutner.

Lampard meledak kedua-dua gol kemenangan ketika Chelsea menewaskan Everton 2-1 dalam saingan aksi Liga Perdana England pada 30 Disember lepas.

Kecemerlangan pemain berusia 32 tahun itu turut menyaksikan para peminat melaung desakan agar Chelsea menawarkan kontrak baharu kepadanya.

Sepakan penalti yang disempurnakan ketika menewaskan Southampton 5-1 pada aksi pusingan ketiga Piala FA pada Sabtu lalu turut menaikkan nama Lampard sebagai penjaring gol kedua terbanyak sepanjang zaman buat Chelsea.

Lampard yang menjaring gol ke 193 sepanjang kariernya, sekali gus menyamai rekod yang dilakukan Kerry Dixon dan kini berada di belakang Bobby Tambling yang meledak 202 gol antara tahun 1959 hingga 1970.
Lampard menyertai Chelsea pada 2001 dan kontraknya itu akan tamat pada penghujung musim ini iaitu pada bulan Jun.

Lampard yang ditemui selepas kemenangan ke atas Everton berkata, tidak ada perbincangan mengenai kontrak baharu sejak beberapa minggu lepas.

Dia mungkin akan melebarkan kariernya ke Amerika Syarikat seperti yang dilakukan oleh bekas kapten England, David Beckham yang pernah beraksi di Los Angeles (LA) Galaxy. - Reuters

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan