Sabtu, 27 April 2013

Aguero, Toure ubati kecewa City



AGUERO menjaringkan gol pertama City ketika menewaskan West Ham 2-1 pada aksi Liga Perdana England di Stadium Etihad malam tadi.


LONDON - Manchester City mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Perdana England selepas menewaskan West Ham United 2-1 di Stadium Etihad malam tadi.

Penyerang Argentina, Sergio Aguero dan pemain tengah Ivory Coast, Yaya Toure masing-masing menjaringkan satu gol pada minit ke-28 dan 83 untuk mengubat kedukaan skuad The Citizens yang gagal mempertahankan gelaran juara liga selepas tewas 1-3 kepada Tottenham Hotspur pada 21 April lalu.

Gol satu hati pasukan pelawat diperoleh menerusi penyerang England, Andrew Carroll pada masa kecederaan selepas penjaga gol, Joe Hart melakukan kesilapan 'bodoh'.

Beberapa minit selepas mengalami kecederaan ketika menyelamatkan percubaan Carroll, Hart membiarkan pemain yang sama melakukan rembatan untuk menghadiahkan gol sagu hati buat pasukan pelawat.
"Saya gembira dengan persembahan yang ditampilkan para pemain hari ini.

"Namun, saya tidak gembira dengan gol yang kami gagal jaringkan. Kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol tetapi ini adalah masalah utama kami musim ini," kata Mancini.

Selain mengubat kekecewaan, kemenangan itu turut mengukuhkan kedudukan City di tangga kedua liga bagi mengesahkan slot automatik ke kempen Liga Juara-Juara musim depan.

Selepas Manchester United merangkul trofi liga ke-20 dengan menewaskan Aston Villa 3-0 Isnin lalu, tumpuan kini terarah kepada pasukan yang memburu slot ke kempen Liga Juara-Juara.

Selain itu, persaingan pasukan yang menduduki kelompok bawahan turut mencuri tumpuan kerana mereka cuba mengelak daripada tersingkir daripada saingan Liga Perdana England musim depan. 

City yang mengumpul 71 mata selepas mengharungi 34 perlawanan memiliki kelebihan lapan mata di depan pasukan di tangga ketiga, Arsenal.

Kini, anak-anak buah Roberto Mancini itu memberi fokus untuk memenangi trofi Piala FA apabila bertemu Wigan Athletic di Stadium Wembley, 11 Mei depan. 

Selain itu, City akan meneruskan kempen Liga Perdana England bertemu Swansea City di gelanggang lawan pada 4 Mei depan. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Carrick lebih layak



CARRICK (kiri) memainkan peranan besar untuk membantu United memenangi gelaran juara liga musim ini.


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger melancarkan perang psikologi menjelang aksi Liga Perdana England menentang Manchester United di Stadium Emirates malam ini.

Wenger berkata, bekas penyerang skuad The Gunners, Robin van Persie tidak layak untuk dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana England tahun ini.

Sebaliknya, pengendali Perancis itu menegaskan bahawa pemain tengah United, Michael Carrick lebih layak untuk memenangi anugerah berprestij itu.

"Saya memilih Carrick. Dia sepatutnya bermain di Barcelona kerana dia sangat sesuai dengan corak permainan di kelab gergasi Sepanyol itu.

"Dia turut memiliki visi yang baik dan merupakan seorang pemain yang pintar. Pada pendapat saya, Carrick lebih berhak untuk menerima anugerah itu berdasarkan pencapaian dalam kariernya," kata Wenger.

Untuk rekod, van Persie yang meledak 24 gol sepanjang 31 perlawanan musim ini membantu United menjulang gelaran liga ke-20 selepas berhijrah daripada Arsenal dengan bayaran berjumlah £22 juta (RM112 juta) pada musim panas lalu.

Penyerang Belanda berusia 29 tahun itu dijangka menerima sambutan 'hangat' sebaik menjejakkan kaki ke Stadium Emirates malam ini.

Bagaimanapun, Wenger mendakwa Carrick, 31, sepatutnya berada dalam senarai pemain terbaik tahun ini.
"Van Persie pernah mengalami kemarau gol. Selain itu, Luis Suarez (penyerang Liverpool) yang meledakkan 23 gol digantung 10 perlawanan.

"Pemain sayap Tottenham Hotspur, Gareth Bale mempamerkan prestasi cemerlang tetapi saya fikir Carrick antara pemain England yang dipinggirkan meskipun dia menunjukkan persembahan yang memberangsangkan.

"Kadang-kadang, anugerah ini tidak boleh diberikan kepada penyerang sahaja tetapi sepatutnya disampaikan kepada pemain yang betul-betul membantu pasukan dan Carrick berhak untuk mendapat anugerah itu.

"Saya akan memilih Carrick kerana van Persie telah memenangi tahun lalu. Carrick merupakan pemain perancang yang cukup cemerlang tahun ini," katanya. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Selangor berputih mata


PENJAGA gol Selangor, Norazlan Razali (dua dari kanan) bertindak cemerlang mengecewakan asakan pemain Lions XII pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi. Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.


SELANGOR gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar seri 0-0 dengan Lions XII pada aksi ke-14 saingan Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad Gergasi Merah kekal menghuni tangga keempat liga dengan mengutip 24 mata sementara wakil Singapura itu terus mendahului carta Liga Super dengan 28 mata.
Seperti yang diramalkan, Selangor yang turun selaku tuan rumah, mempamerkan persembahan bertenaga sebaik perlawanan bermula namun usaha mereka itu tidak membuahkan hasil.

Juara 32 kali Piala Malaysia itu hampir berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-17 namun percubaan Francis Forkey Doe melepasi palang gol.

Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu sekali lagi hampir mencemaskan kem Lions XII menerusi rembatan jarak jauh S. Kunanlan namun penjaga gol pasukan pelawat, Mohd. Izwan Mahbud berjaya menepis percubaan merbahaya pemain sayap lincah itu pada minit ke-22.

Tersentak dengan asakan Selangor, Lions XII kembali mengatur serangan dan Hariss Harun hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-32 namun penjaga gol Selangor, Norazlan Razali bijak menyelamatkan keadaan.

Kedua-dua pasukan semakin terdesak untuk memburu jaringan pembukaan dan masing-masing ghairah melancarkan serangan namun tetap menemui kebuntuan.

Kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
Di Stadium TLDM Lumut, Paulo Rangel muncul sebagai wira Perak selepas membantu skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) 3-0.

Rangel tampil dengan meledak hatrik menerusi jaringan pada minit ke-12, 67 dan 88.
Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan meraih kemenangan berharga selepas menewaskan T-Team 3-1.

Gol-gol Kelantan dijaringkan menerusi Nwakaeme pada minit ke-32, Nor Farhan Mohammad (59) dan Indera Putera (90).

Gol T-Team pula dijaringkan pemain import Damir Ibric Yuksel pada minit ke-81

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Luiz selamatkan Chelsea



LUIZ (depan) menjaringkan gol kemenangan 2-1 Chelsea ke atas Basel pada aksi separuh akhir pertama Liga Europa awal pagi tadi.


LONDON - Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez memuji persembahan David Luiz yang menjaringkan gol kemenangan skuad The Blues ketika menewaskan Basel 2-1 pada aksi separuh akhir pertama Liga Europa awal pagi tadi.

Pada aksi di St Jakob Park itu, Luiz meledakkan gol kemenangan itu menerusi sepakan percuma pada masa kecederaan selepas Basel menyamakan kedudukan 1-1 hasil sepakan penalti kontroversi pada minit ke-87.

Sebelum itu, Victor Moses meletakkan skuad The Blues di depan pada minit ke-12.

"Ada dalam kalangan pemain menganggap bahawa mereka tidak sepatutnya dibolosi dengan gol tersebut dan mereka gunakan kekecewaan itu sebagai suntikan motivasi bagi mencari satu gol lagi.

"Keputusan penalti itu amat mengejutkan dan ia boleh membawa perubahan yang besar. Ia satu keputusan yang pelik," kata Benitez.

Basel memperoleh sepakan penalti itu ekoran kesilapan pemain pertahanan kanan Chelsea, Cesar Azpilicueta dan Fabian Schar tidak mempersia-siakan peluang itu untuk menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun, Luiz muncul wira skuad The Blues apabila sepakan percuma yang diambil pada masa kecederaan berjaya menewaskan kelab dari Switzerland itu.

"Luiz sangat bagus ketika melakukan sepakan percuma. Walaupun penjaga gol dapat menyelamatkannya, semua orang mungkin setuju bahawa kedua-dua pasukan bermain dengan baik malam ini.

"Ia satu pertarungan yang sengit dengan tempo permainan yang tinggi dan kami menentang sebuah pasukan yang tidak pernah kalah di tempat sendiri dalam kempen Eropah.

"Bagaimanapun, kami melaksanakan tugas dengan baik, kami ada beberapa peluang menerusi serangan balas dan sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol.

"Kami telah menewaskan sebuah kelab yang hebat tetapi kami tidak boleh terlalu yakin dan mula percaya bahawa kami telah layak ke final.

"Kami melihat bagaimana Basel menewaskan Tottenham pada perlawanan sebelum ini.

"Mereka boleh menjaringkan gol di tempat sendiri atau tempat lawan. Jadi, kami harus memberi tumpuan sepenuhya pada minggu depan," kata Benitez.

Satu lagi perlawanan separuh akhir berkesudahan Fenerbahche menang 1-0 ke atas Benfica hasil tandukan pertahanan Egeman Korkmaz pada minit ke-72.- Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Rajagobal miliki kredibiliti'


“KINI, misi utama skuad negara adalah memberikan fokus untuk melayakkan diri ke pentas Piala Asia 2015 di Australia.”

Itulah respons pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal yang menyarankan Datuk K. Rajagobal memberikan tumpuan kepada skuad kendaliannya selepas jurulatih skuad negara itu terselamat dari sebarang hukuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Status Rajagobal menjadi tanda tanya selepas beliau dilaporkan mengkritik Liga Malaysia (Liga M) dengan menganggap kelambakan penyerang import menjadi punca ketandusan penyerang tempatan semula jadi.

Kenyataan itu didakwa hadir selepas Harimau Malaya tewas 1-4 kepada Arab Saudi dalam satu aksi pemanas badan di Stadium Shah Alam, 17 Mac lalu.

Begitupun, bekas jurulatih Selangor itu tidak dikenakan sebarang hukuman oleh FAM selepas pihak Jawatankuasa Tatatertib FAM memutuskan tiada sebarang bukti untuk mendakwa Rajagobal.

Apa yang pasti, Rajagobal yang masih kekal sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya menjadi harapan buat penyokong-penyokong tempatan dalam usaha memburu slot automatik Piala Asia 2015.

Namun, jawatan jurulatih yang memenangi Piala AFF Suzuki 2010 itu dipercayai masih belum selamat sekiranya gagal memberikan persembahan memberangsangkan dalam aksi Kumpulan D tersebut.

“Saya telah dimaklumkan perkara ini sejak awal lagi yang mana Rajagobal tidak bersalah. Ada segelintir pihak yang mendakwa saya mahu mempertahankannya tetapi kini, ia sudah terbukti bahawa beliau tidak melanggar Artikel 88.

“Apa yang pasti, Saya harap tiada lagi isu lagi yang memberikan tekanan kepada Rajagobal kerana saya mahukan beliau memberikan fokus pada aksi kelayakan Piala Asia kelak,” katanya.

Tambah Subahan, beliau yang masih yakin dengan persembahan skuad negara, mahu barisan pemain Harimau Malaya meningkatkan tahap keupayaan menjelang pertemuan menentang Bahrain pada 15 Oktober deoan.

“Kami membuat persiapan yang baik menerusi beberapa perlawanan persahabatan antaranya menentang Chelsea, Barcelona, Uzbekistan dan India sebelum menentang Bahrain.

“Sudah tentu kami harus meneruskan misi untuk layak ke Piala Asia kerana kami berjaya menewaskan Yemen,” katanya.

Untuk rekod, Harimau Malaya kini menduduki tangga ketiga dalam Kumpulan D selepas tewas 0-2 kepada Qatar sebelum mengalahkan Yemen 2-1 pada aksi kedua.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Chong Wei tepati ramalan


PEMAIN No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei terus mempamerkan kecemerlangan untuk melangkah ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka India 2013 semalam.

Pada aksi suku akhir itu, Chong Wei menundukkan pemain muda tuan rumah, H. S. Prannoy 21-14, 21-19 di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi.

Chong Wei menerima tentangan yang agak sengit pada awal set pertama sebelum dia mula mengatur serangan untuk terus mendominasi aksi tersebut.

Bagaimanapun, Prannoy yang membuat kejutan menewaskan jaguh Indonesia, Taufik Hidayat kelmarin mempamerkan kebangkitan pada set kedua untuk memintas Chong Wei 7-4, 17-11.

Chong Wei yang turut ketinggalan 16-19 pada penghujung set kedua kembali menyusun strategi untuk menyamakan keputusan 19-19 sebelum mengakhiri aksi suku akhir itu 21-19 dalam tempoh perlawanan 34 minit.

Pada aksi separuh akhir hari ini, Chong Wei akan bertemu Boonsak Ponsana dari Thailand yang turut mara selepas menewaskan pemain India, R. M. V. Gurusaidutt 21-12, 11-21, 21-12.

Cabaran beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada Terbuka India 2013 turut berakhir.

Gandingan No. 2 dunia itu disekat pasangan Korea Selatan, Kim Ki Jung-Kim Sa Rang yang menewaskan mereka 19-21, 14-21 pada aksi suku akhir dalam tempoh 37 minit.

Pada set pertama, kedua-dua beregu itu saling mengatasi antara satu sama sebelum terikat 16-16, 18-18 dan 19-19, namun tuah lebih menyebelahi Ki Jung-Sa Rang yang mendahului 21-19 untuk menamatkan aksi pertama.

Pada set kedua, Kien Keat-Boon Heong sekadar memberikan cabaran pada awal perlawanan sebelum diasak beregu kelima dunia yang menguasai saingan dengan kelebihan 7 mata untuk menyingkirkan gandingan negara.

Kekalahan tersebut turut memberi kelebihan kepada Ki Jung-Sa Rang yang belum pernah ditewaskan oleh mereka dengan rekod kemenangan 3-0.

Terdahulu, Kien Keat-Boon Heong pernah ditewaskan pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2012 Januari tahun lalu sebelum tumpas di pentas final Terbuka Jepun 2012 (September lepas).

Nasib sama turut dialami beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang dikejutkan oleh pasangan dari Poland, Robert Mateusiak-Nadiezda Zieba.

Peng Soon-Liu Ying masih belum ditumpaskan beregu ke-10 dunia itu dalam tiga pertemuan terdahulu dipaksa bekerja keras sebelum ditundukkan 13-21, 18-21 dalam tempoh 36 minit.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

ATM tebus kecewa


Ketua pasukan ATM, Hairuddin Omar, (baju merah), berjaya menjaringkan gol petama dengan tandukannya menewaskan penjaga gol SELANGOR PKNS FC, Mohd Remezy, pada masa pertama ketika perlawanan.


ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) kembali mempamerkan aksi positif selepas menewaskan Selangor PKNS 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan malam tadi.

Kemenangan tersebut dianggap sebagai pengubat duka selepas skuad kendalian B. Sathianathan itu tewas 1-3 kepada pendahulu Liga Super, Lions XII di Stadium Jalan Besar Singapura Sabtu lalu.

Gol kemenangan skuad The Gladiators diperoleh menerusi kapten, Hairuddin Omar dan peledak berbisa ATM, Marlon Alex James masing-masing pada minit ke-36 serta 73.

Kini, ATM menduduki tempat ketiga liga selepas mengutip 24 mata iaitu tiga mata ketinggalan di belakang Lions XII yang akan menentang Selangor di Stadium Shah Alam malam ini.

Marlon turut mendapat suntikan semangat selepas muncul penjaring terbanyak liga setelah meledakkan 13 gol sepanjang 14 perlawanan.

Sementara itu, Pahang turut menepati ramalan apabila mudah menewaskan Felda United 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Seperti yang dijangka, pasukan tuan rumah yang menampilkan persembahan agresif membuka jaringan menerusi penyerang import kelahiran Argentina, Matías Conti pada minit ke-26.

Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan pelawat yang dibimbing K. Devan menggandakan asakan untuk memburu gol penyamaan namun sekali lagi dihukum jentera serangan Tok Gajah apabila penyerang, Fauzi Roslan menggandakan kedudukan pada minit ke-65.

Kemenangan itu sudah cukup untuk meletakkan skuad kendalian Dollah Salleh di tangga kelima Liga Super setelah memungut 23 mata sepanjang 14 perlawanan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Rabu, 24 April 2013

Penat tetap bersemangat


MENJADI seorang ibu memang satu ‘amanah’ terbaik bagi setiap wanita yang bergelar isteri.

Meskipun bukan senang untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan dalam masa yang sama sebagai ibu, ia tetap menjadi satu kerjaya yang indah dan penuh dengan kemanisan.

Tugas seorang isteri ialah melayan keperluan asas suami manakala sebagai ibu pula melayan kerenah anak dan keperluan mereka. Tambah berat apabila seseorang itu adalah wanita bekerjaya yang sentiasa sibuk dengan kerja dan lain-lain.

Begitu juga dengan aktres serba boleh, Sazzy Falak atau Sazlini Shamsul Falak, walaupun sibuk dengan kerjayanya yang padat masih mampu meluangkan masa berkualiti bersama anak kembarnya.

“Kalau hendak kata tidak penat, memang tipulah. Memang saya penat apatah lagi dengan kerja yang padat dan anak kembar lagi, kerja menjadi tambah berganda.

“Kalau biasa semua orang anak satu, tapi saya dua, jadi semua kerja menguruskan anak perlu ditambah. Saya kena buat kerja untuk dua kanak-kanak sekaligus dalam satu masa. 

“Tetapi, dalam sibuk melakukan kerja, saya tetap gembira dengan apa yang dilakukan. Bila kita gembira, rasa penat akan hilang serta merta," katanya.

Jelasnya lagi, dia sentiasa menitikberatkan masa berkualiti bersama dengan keluarga dan akan melakukan yang terbaik untuk tidak mengecewakan sesiapa.

“Bukan bermakna saya ini sebagai seorang ibu yang baik dan mampu memenuhi segalanya-galanya, tidak.

“Tapi saya cuba melakukan yang terbaik dalam tugas seharian. Lagipun pejabat saya di rumah, jadi kebanyakan masa saya memang ada di rumah, tak banyak masalah sangat.

“Cuma bila berada di rumah itu, saya kena bangun pukul empat pagi untuk uruskan hal-hal perniagaan jenama baju saya ini," jelasnya.

Melayan kerenah anak kembarnya Imaan Lily dan Tiara Rose yang kini sudah berusia dua tahun, hal menguruskan anak-anaknya semua diselesaikan oleh Sazzy sendiri.

“Buatkan sarapan, hantar pergi sekolah, ambil waktu balik sekolah, semua saya yang uruskan sendiri.

“Kalau cakap pasal tekanan sebenarnya tiada pun, cuma bila kembar ini mula buat perangai, itu yang macam tekanan sikit. Tapi mereka sangat mendengar kata," ujarnya sambil ketawa kecil mengenang keletah si kecil.

Jelasnya lagi, apa yang dilakukan kini sebenarnya bukanlah untuk dirinya, tetapi lebih kepada keluarganya. Membahagiakan keluarga adalah agenda utamanya hari ini. 

“Kita bekerja keras hari ini pun demi untuk keluarga. Banyak yang saya mahu bukan sahaja kepada keluarga, tetapi juga untuk kedua ibu saya," jelasnya.

Ketika ditanya apa yang menjadi kekuatan untuk Sazzy bekerja dengan kuat, cukup mudah jawapan yang diberi, tonik itu datang daripada anak-anak dan suaminya, Nazril Idrus.

“Mereka yang banyak memberi kekuatan kepada saya. Malah, kalau saya penat, suami akan pantas memberi kata-kata semangat dan kami akan saling pesan-memesan antara satu sama lain," katanya.

SF By Sazzy ke New York

Dalam kesibukan sebagai seorang ibu, Sazzy tidak lupa untuk terus membangunkan jenama pakaiannya ke satu tahap yang membanggakan.

Malah, Sazzy yang boleh dikatakan sebagai seorang yang ‘gila kerja’ telah membawa jenamanya itu ke peringkat antarabangsa.

Jelas Sazzy, jenama SF By Sazzy Falak telah dipilih untuk menyertai Plitz New York Fashion Week di negara Uncle Sam pada Septemper depan.

Tambah Sazzy, mereka yang dijemput untuk ke pertunjukan fesyen itu datang daripada seluruh dunia namun belum pasti siapa lagi yang dijemput sebagai wakil dari tanah air.

“Saya sebenarnya tidak tahu siapa lagi yang akan berada di sana tetapi kemungkinan hanya saya seorang sahaja wakil dari Malaysia.

“Sekarang ini saya dan pasukan saya sedang memberi fokus utama pada pertunjukan fesyen itu dan kita akan cuba memperkenalkan batik yang diberi nafas baru, sesuai dengan jenama pakaian saya," katanya.

Ditanya tentang perasaannya ketika dipilih untuk menyertai pertunjukan fesyen itu, jelasnya, ia ibarat lembaran baru buat jenama pakaiannya dan kerjayanya sebagai seorang pereka fesyen. 

“Saya memang tidak ada pengetahuan yang teratur dalam bidang fesyen. Disebabkan minat, saya menceburi bidang ini dan membuka label sendiri.

“Tambahan pula dengan terpilihnya jenama saya ke peringkat antarabangsa, menguatkan lagi semangat saya untuk terus meletakkan jenama SF By Sazzy Falak ke peringkat antarabangsa," jelasnya.

Beroperasi di dunia maya sahaja, Sazzy memberitahu dia juga teringin untuk membuka sebuah butik dan sedang berkira-kira untuk memulakannya.

“Membuka butik memang menjadi impian saya dan perancangan untuk ke arah itu sedang dijalankan. 

“Lagipun, kebanyakan pembeli masih gemar membeli secara konvensional sebab mereka hendak melihat sendiri metarial dan kualiti barang itu sebelum mereka membeli," ujarnya.dalam perbincangan dan fokusnya kini adalah untuk pertunjukan fesyen di New York itu dahulu.

“Keutamaan yang diberikan untuk jenama saya ketika ini adalah pertunjukan fesyen dahulu. Selesai pertunjukan fesyen, saya bersama pasukan saya akan memikirkan langkah seterusnya untuk membuka butik," katanya

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/

Lynn Hung, Aaron Kwok berpisah


AARON KWOK


SELEPAS minggu lalu kecoh tentang spekulasi hubungan cinta Aaron Kwok dengan Lynn Hung dikatakan berantakan kerana orang ketiga iaitu Christine Kuo, minggu ini, Hung membuat pengesahan bahawa hubungannya dengan Kwok telah berakhir.

Lynn bagaimanapun menafikan mereka berpisah kerana orang ketiga.
Pasangan tersebut bertemu pada tahun 2006 dan percintaan mereka selama tujuh tahun sering dilanda gosip negatif.

Mereka juga hampir berkahwin pada tahun ini, namun hasrat tersebut tidak kesampaian selepas bapa Lynn meninggal dunia pada Januari lalu.

Hubungan cinta mereka kemudian dilihat kembali goyah sehingga Lynn baru-baru ini mengaku mereka telah berpisah.

Perpisahan mereka juga mengheret spekulasi kononnya Lynn kini menjalin hubungan dengan seorang taikun selepas dia dilihat berpindah ke rumah baharu yang mencecah nilai RM10 juta selain memandu pacuan empat roda Range Rover.

Lynn bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Dia menjawab: "Saya tak ada masa untuk melayan cerita mengarut seperti ini. Sila tunjukkan bukti jika ia benar."

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Kami perlu keajaiban - Roura


MUNICH, Jerman - Penolong jurulatih Barcelona, Jordi Roura mengakui yang anak-anak buahnya memerlukan keajaiban untuk menempah slot ke final Liga Juara-Juara musim ini.

Roura menyuarakan kebimbangan itu selepas Barcelona dibelasah 0-4 oleh Bayern Munich pada aksi separuh akhir pertama di Allianz Arena awal pagi semalam.

Kekalahan tersebut adalah yang terburuk dalam sejarah kelab gergasi Sepanyol itu sejak tewas 0-4 kepada Dynamo Kiev pada saingan peringkat kumpulan tahun 1997.

Bagi Bayern, mereka semakin hampir untuk melayakkan diri ke final buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun.

Pada perlawanan awal pagi semalam, pemain tengah Jerman, Thomas Mueller meletakkan Bayern di depan pada minit ke-25 sebelum menambah gol kedua minit ke-82.

Penyerang Jerman, Mario Gomez dan pemain sayap Belanda, Arjen Robben turut melakar nama sebagai penjaring apabila masing- masing meledakkan gol kedua serta ketiga Bayern pada minit ke-49 dan ke-73.

Bintang sensasi Argentina, Lionel Messi yang menjadi taruhan utama Barcelona masih mampu menampilkan aksi yang membanggakan meskipun bergelut dengan kecederaan hamstring sejak awal lalu.

"Mereka (Bayern) telah membuktikan bahawa mereka lebih hebat daripada kami. Mereka menewaskan kami di semua posisi.

"Saya tidak mampu melakukan apa-apa untuk mengubah keputusan itu. Ia adalah suatu keputusan yang memalukan.

"Ia akan menyukarkan kami untuk menghadapi aksi kedua di Stadium Nou Camp (1 Mei) tetapi kami perlu menghadapinya," kata Messi.

Bagaimanapun Roura mengakui, Barcelona berdepan suatu tugas sukar yang mampu membuktikan bahawa mereka lebih hebat daripada Bayern.

"Keajaiban adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Ketinggalan 0-4 adalah satu jurang yang besar.

"Saya tidak tahu sekiranya ada pasukan yang mampu bangkit daripada kekalahan itu dalam sejarah Liga Juara-Juara tetapi kami akan melakukan yang termampu.

"Ini adalah kekalahan besar yang terlalu menyakitkan kami," kata Roura.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Rajagobal selamat


K. RAJAGOBAL


KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal selamat.Dia sudah boleh menarik nafas lega selepas menyaksikan jawatannya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya tidak tergugat.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan bahawa Rajagobal tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin berhubung kontroversi yang melandanya baru-baru ini ekoran mengkritik Liga Malaysia (Liga M).

Keputusan tersebut disahkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Razak yang mempengerusikan mesyuarat selama empat jam jawatankuasa berkenaan di Wisma FAM di Kelana Jaya semalam.

Menurut Taufik, keputusan itu diambil berdasarkan penelitian pihak FAM terhadap kenyataan Rajagobal menerusi pita rakaman.

Jelas Taufik, Rajagobal terlepas daripada sebarang hukuman, namun beliau diberikan amaran supaya lebih berhati-hati ketika membuat sebarang kenyataan.

“Tiada kes untuk Rajagobal. Jawatankuasa Tatatertib mendapati bahawa Rajagobal tidak pernah keluarkan kenyataan mengkritik Liga M seperti yang didakwa.

”Keputusan itu dicapai selepas kami memperhalusi pita rakaman (mengenai kenyataan Rajagobal) dan kita telah membuat penelitian satu persatu ke atas pita rakaman tersebut.

“Kita menasihatkan beliau supaya lebih berhati-hati ketika membuat sebarang kenyataan dan kita tidak mempertikaikan kenyataan (Rajagobal).

”Kenyataan yang dibuat Rajagobal itu juga tidak bersifat permusuhan dengan FAM.

“Jadi, kenyataan yang dibuat oleh Rajagobal langsung tidak menyentuh tentang polisi dan dasar pemain import. Kalau hina FAM, dan didapati ada bukti cukup, kita akan jatuhkan hukuman,” katanya kepada pemberita ketika ditemui Wisma FAM semalam.

Rajagobal dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengkritik Liga M dengan mengatakan skuad negara ketandusan penyerang berwibawa ekoran lambakan penyerang import dalam liga tempatan.

Beliau mengeluarkan kenyataan seperti itu selepas skuad Harimau Malaya tewas 1-4 kepada Arab Saudi pada satu aksi perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam 17 Mac lalu.

Beliau dilaporkan menyentuh dasar FAM dengan menyatakan penyerang import lebih mendapat tempat dalam pasukan utama Liga Super yang mengakibatkan skuad kebangsaan ketandusan penyerang semula jadi sekali gus mengheret beliau untuk disiasat oleh FAM.

Dalam perkembangan lain, Taufik turut mengesahkan bahawa dua pemain Selangor, Mohd. Afiq Azmi digantung dua perlawanan dan didenda RM1,000 manakala Abdul Shukur Jusoh digantung dua perlawanan dan didenda RM2,000.

Katanya, hukuman tersebut tidak boleh dirayu memandangkan ia paling minimum terhadap kelakuan mereka ketika aksi pusingan pertama Piala FA menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam pada 25 Januari lalu.

“Afiq telah mengaku salah dan ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib FAM telah menerima penjelasannya.

Afik berdepan tindakan tersebut selepas beliau bertelagah dengan pemain ATM yang hampir mencetuskan pergaduhan.

Insiden tersebut berlaku semasa perlawanan pusingan pertama Piala FA antara Selangor dengan ATM di Stadium Shah Alam pada 25 Januari lalu.

”Mengenai kes Shukur, FAM ingin memberikan mesej kepada pemain-pemain lain agar tidak mengingkari arahan pengadil kerana masih berada di kawasan padang selama 1 minit 30 saat meskipun telah dilayangkan kad merah.

“Sama ada keputusan pengadil itu tidak tepat atau sebaliknya, dia harus bersikap profesional dengan meninggalkan padang serta-merta,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Bayern belasah Barca



MUELLER (dua dari kanan) meraikan kejayaannya menjaringkan gol ketika membantu Bayern membelasah Barcelona 4-0 di Allianz Arena, Jerman awal pagi semalam.


MUNICH - Bayern Munich semakin hampir untuk menjejakkan kaki ke final buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun selepas membelasah Barcelona 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Berbeza dengan Barcelona, kekalahan di Allianz Arena itu adalah yang terburuk sejak tewas 0-4 kepada Dynamo Kiev pada aksi peringkat kumpulan tahun 1997.

Pada perlawanan awal pagi semalam, pemain tengah Jerman, Thomas Mueller meletakkan Bayern di depan pada minit ke-25 sebelum menjaringkan gol kedua minit ke-82.

Penyerang Jerman, Mario Gomez dan pemain sayap Belanda, Arjen Robben turut melakar nama sebagai penjaring apabila masing-masing meledakkan gol kedua serta ketiga Bayern pada minit ke-49 dan ke-73.
Kini, pendahulu Liga Sepanyol itu memerlukan keajaiban untuk mencatat kemenangan besar pada pertemuan kedua di Stadium Nou Camp pada 1 Mei depan.

Kekalahan itu telah mencalar reputasi Barcelona selaku antara kelab gergasi Eropah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Untuk rekod, Barcelona tewas 0-2 kepada AC Milan pada aksi suku akhir pertama tetapi mencipta kebangkitan dramatik untuk menewaskan kelab gergasi Itali itu 4-0 pada aksi kedua di gelanggang sendiri.

Bayern pasti tidak mahu situasi seperti itu berulang sekali lagi.
"Kami sedar bahawa kami mampu memberi saingan kepada mereka.
"Pasukan itu (Barca) telah mendominasi saingan bola sepak Eropah sejak beberapa tahun lalu.

"Jika anda mampu menewaskan mereka, ia pasti satu detik yang paling indah," kata pemain sayap Bayern, Robben.

Sementara itu, Barcelona tetap menyenaraikan Lionel Messi dalam kesebelasan utama pasukan itu walaupun tahap kecergasannya masih meragukan kerana baru pulih daripada kecederaan.

Bagaimanapun, bintang sensasi Argentina itu tetap menampilkan aksi cemerlang.

Pada perlawanan tersebut, Barca memperoleh beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol tetapi Bayern bijak mengambil peluang untuk merobek gawang skuad The Catalans itu. - AP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Harimau Muda 'bertukar angin' ke Budapest


SELEPAS lebih sebulan ‘berguru’ di bumi Slovakia, skuad Harimau Muda cuba ‘bertukar angin’ apabila berhijrah seketika ke Budapest, Hungary bermula semalam.

Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, skuad muda negara bakal menjalani latihan selama seminggu di Budapest sebelum kembali ke kem latihan di Vion pada 30 April ini.

Beliau berkata, sepanjang berada di Budapest, Harimau Muda juga dijadualkan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di sana.

“Kami akan bertolak ke Budapest selama seminggu untuk siri perlawanan persahabatan dan latihan sebelum kembali ke kem latihan di Vion (30 April),” kata Kim Swee menerusi Twitter peribadinya semalam.

Kim Swee memberitahu, Harimau Muda bakal mengharungi ujian pertama di Budapest apabila dijadualkan berdepan kelab divisyen satu Hungary, FGSZ Siófok malam ini (11 malam waktu Malaysia).

Untuk rekod, taring Harimau Muda dilihat masih tumpul apabila gagal memburu kemenangan sulung selepas mengharungi lima perlawanan setakat ini.

Sebelum ini, mereka tumpas sebanyak dua kali dalam dua pertemuan dengan kelab Slovakia, MSK Zilina 1-4 dan 2-3 selain dibelasah 1-7 oleh skuad bawah 21 tahun (B-21) Georgia.

Selain itu, Harimau Muda juga sekadar melakar keputusan seri 1-1 dan tanpa jaringan dengan skuad B-19 Slovakia dan B-19 Norway sebelum ini.

Siri ujian persahabatan itu merupakan medan pemanas badan skuad muda negara sepanjang berguru selama lima bulan di Slovakia sebagai persiapan awal mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar penghujung tahun ini.

Mereka dijangka mengadakan beberapa ujian persahabatan lagi di sana selepas ini apabila hanya kembali ke tanah air sebelum Aidilfitri.

Selain dijadualkan mengharungi Pestabola Merdeka, Ogos depan, Harimau Muda juga membawa cabaran negara dalam temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2013 di Kazan, Rusia dari 6 hingga 17 Julai depan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Suarez terima padah


LONDON - Penyerang Liverpool, Luis Suarez disabitkan dengan kesalahan berkelakuan ganas oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England kelmarin.

Suarez berdepan hukuman selepas menggigit lengan pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic ketika kedua-dua pasukan seri 2-2 pada aksi Liga Perdana England di Anfiled, Ahad lalu.

FA England menjelaskan bahawa mereka sudah bersedia untuk menjatuhkan hukuman seperti biasa iaitu penggantungan tiga perlawanan kerana kesalahan yang dilakukan Suarez dapat dilihat dengan jelas.

Begitupun, badan induk bola sepak itu masih menunggu penjelasan daripada Suarez sebelum Jawatankuasa Tatatertib FA menjatuhkan hukuman.

Liverpool turut mendenda penyerang sensasi Uruguay itu dan meminta wang tersebut disalurkan kepada Hillsborough Family Support Group.

Kejadian buruk itu menjejaskan kredibiliti Suarez sebagai penyerang terbaik Liverpool dan Uruguay, sekali gus dipaksa membuat permohonan maaf kepada Ivanovic.

Pengurus skuad The Reds, Brendan Rodgers mengakui yang perbuatan Suarez itu tidak boleh diterima.
Sementara itu, pemain Dynamo Moscow, Otman Bakkal menyelar perbuatan buruk Suarez, sekali gus mendedahkan bahawa dia pernah menjadi mangsa gigitan pemain tersebut ketika beraksi dalam kempen Liga Belanda pada 2010.

Pada aksi tersebut, Suarez menggigit leher Bakkal.

Suarez yang mewakili Ajax Amsterdam digantung tujuh perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Belanda atas kelakuan ganas terhadap Bakkal yang beraksi bersama PSV Eindhoven.
Bagaimanapun, insiden hitam itu menyebabkan Suarez meninggalkan Ajax dengan menyertai Liverpool pada Januari 2011.

Bakkal percaya Suarez memiliki masalah panas baran. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Misi balas dendam


DI MARIA (kanan) optimis Real akan menewaskan Dortmund pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Signal Iduna Park awal pagi esok.


DORTMUND - Pemain sayap Real Madrid, Angel Di Maria optimis akan menewaskan Borussia Dortmund pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Signal Iduna Park awal pagi esok.

Di Maria berkata, dia dan rakan-rakan sepasukannya memperoleh pengajaran yang berguna selepas tewas 1-2 di stadium sama pada aksi Kumpulan D lalu sebelum sekadar seri 2-2 di Stadium Santiago Bernabeu.
Justeru, Di Maria yakin mereka tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada pertemuan kali ini.

"Kami tidak berada pada prestasi terbaik ketika menghadapi kedua-dua aksi peringkat kumpulan menentang Dortmund.

"Segala-galanya berbeza sekarang. Kini, benteng pertahanan kami dilihat semakin ampuh dan keyakinan kami semakin tinggi," kata- nya.

Di Maria memberitahu, mereka perlu berwaspada dengan corak permainan serangan pantas skuad kendalian Jurgen Klopp bagi memperoleh bekalan selesa sebelum menghadapi aksi separuh akhir kedua di gelanggang sendiri minggu depan.

"Atas kertas, keupayaan Dortmund dilihat seimbang berbanding kami kerana kedua-dua pasukan gemar melakukan serangan pantas yang cukup berbahaya.

"Kami sudah menghadapi pengalaman seperti itu. Jadi, kami perlu memberikan aksi seratus peratus kerana prestasi semasa Dortmund benar-benar mengagumkan," kata Di Maria.

Rakan sepasukan Di Maria iaitu Raphael Verene turut menggesa pemain-pemain Real supaya berhati-hati dengan corak serangan pantas yang diamalkan Dortmund.

"Dortmund pasukan yang kuat dan mereka tidak akan mara sejauh ini semata-mata kerana nasib.
"Mereka gemar melakukan serangan pantas. Jadi, kami perlu tampil dengan aksi yang memberangsangkan," kata Verene. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

'Pikat hati Mackay'



VINCENT (kiri) dan Robin menunjukkan jersi Cardiff City yang

tertera nama Malaysia di Kuala Lumpur semalam.


PEMILIK Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan bersedia untuk memberi peluang kepada pemain-pemain negara beraksi dalam saingan Liga Perdana England bersama kelab itu sekira- nya mereka berjaya memikat hati pengurus, Malky Mackay.

Begitupun Vincent berkata, pemain negara perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England terlebih dahulu sebelum dapat menjejakkan kaki dalam saingan liga bola sepak berprestij di Eropah itu.

"Sudah pasti saya mahu membawa seorang atau dua pemain Malaysia ke Cardiff City. Ia memang menjadi antara matlamat saya sejak memiliki kelab ini.

"Pengerusi program 1Malaysia Cardif City (1MCC), Datuk Chan (Tien Ghee) juga banyak berusaha ke arah ini menerusi penglibatan pemain-pemain cilik Malaysia di sini.

"Namun, untuk membawa pemain negara dalam masa terdekat ini seperti Safee (Sali) atau sesiapa sahaja, mereka harus memenuhi kriteria yang ditetap- kan oleh FA England," jelas Vincent dalam sidang media mengenai kejayaan kelab tersebut layak ke saingan Liga Perdana England musim 2013-14 di Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir Pengerusi Berjaya Corporation Berhad, Datuk Robin Tan.
Menurut Vincent, antara kriteria yang ditetapkan oleh FA England ialah ranking dunia negara pemain tersebut harus berada tidak lebih daripada kedudukan No. 70 dunia.

"Selain itu, pemain berkenaan juga perlu beraksi dalam saingan bola sepak Eropah selama satu musim terlebih dahulu dan selepas itu barulah dia dapat beraksi di England.

"Sebenarnya ia tidak mustahil berlaku, jangan sesekali kata mustahil tentang sesuatu perkara jika kita belum melakukan- nya," jelasnya lagi.

Sementara itu, Vincent yang juga Pengerusi dan Ketua Eksekutif Berjaya Corporation Berhad menjelaskan misinya untuk membawa Cardiff City mencapai satu tahap yang lebih tinggi dalam saingan di England.

Cardiff City yang dibimbing Mackay berjaya menamatkan badi 51 tahun untuk beraksi dalam saingan tertinggi bola sepak England itu selepas menjuarai Liga Kejuaraan ketika saingan berbaki dua perlawanan musim ini.

Kelab dari Wales itu gagal melakukannya dalam dua musim berturut-turut apabila tewas dalam perlawanan penentuan.

"Ini adalah pencapaian yang menakjubkan dan saya mahu berkongsi kegembiraan ini dengan semua peminat kami di Wales dan Malaysia," katanya.

"Saya percaya kami mampu melakukan dengan lebih baik lagi pada musim depan, namun sudah tentu kami perlu perkuatkan beberapa bahagian dan ia terpulang kepada Malky mencari pemain pilihannya.

"Saya juga akan terus mempromosi nama Malaysia di atas jersi skuad The Bluebirds ini dengan membawa sokongan dan harapan peminat bola sepak kita di England," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Selangor pilih laluan sukar



KUBALA (kiri) diasak pemain East Bengal ketika Selangor seri 2-2 pada aksi kelima Piala AFC 2013 di Stadium Shah Alam malam tadi.


SELANGOR menempah laluan sukar untuk memburu slot ke pusingan kedua Piala AFC 2013 selepas seri 2-2 dengan pendahulu Kumpulan H, East Bengal 2-2 pada aksi kelima di Stadium Shah Alam malam tadi.
Pada pertemuan tersebut, skuad Gergasi Merah bernasib baik apabila pemain pertahanan, Adib Aizuddin Ab Latif meledak gol penyamaan pada masa kecederaan, sekali gus menyelamatkan maruah pasukan tuan rumah.

Bagaimanapun, peluang anak- anak buah Irfan Bakti Abu Salim untuk mara ke pusingan kalah mati semakin sukar.

Selangor wajib membelasah Tampines Rovers selain mengharapkan ‘ihsan’ East Bengal untuk menewaskan Saigon Xuan Thanh pada perlawanan terakhir sekiranya berhasrat untuk melangkah ke pusingan seterusnya.
Pada perlawanan malam tadi, perancang import, Michal Kubala hampir membuka jaringan buat Selangor, namun percubaan tepat itu berjaya ditepis keluar penjaga gol East Bengal, Gurpreet Singh Sandhu pada minit ke-19.

Begitupun, berselang empat minit kemudian, benteng pertahanan skuad Gergasi Merah dikejutkan dengan gol pertama kelab dari India itu hasil rembatan Penn Ikechukwu Orji ekoran situasi kelam- kabut dalam kawasan kotak penalti, sekali gus menewaskan penjaga gawang Selangor, Mohd. Shar- binee Allawee Ramli.

Pada separuh masa kedua, East Bengal terus mempamerkan persembahan bertenaga dan hasilnya mereka berjaya membolosi gawang Selangor buat kali kedua menerusi jaringan Lalrindika Ralte minit ke- 54.
Pemain gantian East Bengal, Manandeep Singh yang beraksi selama empat minit dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain sayap Selangor, S. Kunanlan pada minit ke-77.
Seminit kemudian, Abdul Shukur Jusoh berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi rembatan dari luar kotak penalti sebelum Adib yang bijak memanfaatkan hantaran hasil sepakan percuma Amri Yahyah untuk menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.

Selangor bakal bertandang ke Stadium Jalan Besar, Singapura bagi pertemuan terakhir Kumpulan H menentang Tampines Rovers manakala East Bengal dijadualkan menentang Saigon Xuan Thanh 30 April ini.
Sementara itu, Kelantan tewas 1-6 kepada Maziya Sport And Recreation Club (Maziya SRC) pada aksi Kumpulan G kempen Piala AFC 2013 di Stadium National Male.

Begitupun, kekalahan juara bertahan Liga Super itu tidak menjejaskan kedudukan skuad The Red Warriors apabila masih kekal sebagai pendahulu kumpulan.

Pada aksi itu, Mohd. Haris Saf- wan Mohd. Kamal membuka jari- ngan buat skuad kendalian Bojan Hodak seawal minit ketujuh.

Begitupun, rentak cemerlang skuad The Red Warriors dilihat terjejas selepas menyaksikan Mohamad Zamri Ramli dibuang padang pada minit ke-28.

Maziya SRC ternyata mengambil kesempatan atas kelemahan pasukan Kelantan yang beraksi dengan 10 pemain akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang, Rasheed Ahmed pada minit ke-40.
Kelab Maldives itu terus meluaskan penguasaan di atas padang apabila menggandakan kedudukan menerusi jaringan Abdulla Asadulla pada minit ke-56.

Maziya SRC terus menghukum kerapuhan benteng pertahanan Kelantan apabila meledak tiga gol pada 15 minit terakhir menerusi perancang, Easa Ismail pada minit ke-76 dan dua jaringan dari Aduham Hassan (ke-82 dan ke-84).

Tonggak pertahanan Maziya, Imran Ali melengkapkan pesta gol dengan meledak gol keenam buat pasukan tuan rumah pada minit ke-86.

Kelantan bakal menentang Ayeyawady United di Stadium Sultan Muhammad IV untuk aksi terakhir Kumpulan G pada 30 April ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Van Persie julang United


PEMAIN-PEMAIN United meraikan kejayaan mereka muncul sebagai juara Liga Perdana England selepas membelasah Aston Villa 3-0 di Old Trafford awal pagi semalam.


MANCHESTER - Manchester United merangkul gelaran juara Liga Perdana England buat kali ke-20 dengan penuh bergaya awal pagi semalam.

Pada aksi di Old Trafford itu, penyerang Belanda, Robin van Persie meledakkan hatrik pada babak pertama untuk membantu United membelasah Aston Villa 3-0.

Van Persie meletakkan United di depan pada minit kedua sebelum menjaringkan gol kedua yang menarik minit ke-13. Dia melengkapkan hatriknya pada minit ke- 33.

Kemenangan itu memberikan skuad The Red Devils kelebihan 16 mata di depan pencabar terdekat, Manchester United ketika saingan musim ini masih berbaki empat perlawanan, sekali gus menebus kekecewaan musim lalu.

Pengurus Manchester United, Alex Ferguson berkata, kejayaan itu membuktikan bahawa The Red Devils berhak berada dalam sejarah bola sepak.

Kejuaraan ini juga merupakan gelaran liga ke-13 buat Ferguson yang membimbing kelab itu sejak 1986.
"Memang mudah untuk bercakap bahawa nostalgia memperdaya pemikiran individu. Anda sendiri yang melakukannya. Anda ingat semua ini (kejayaan United) tidak sama seperti ketika anda kecil dahulu tetapi ia hanya satu nostalgia.

"Kini, kami mengumpul 84 mata ketika saingan masih berbaki empat perlawanan. Kami tidak pernah melakukannya sebelum ini.

"Kami memenangi hampir semua perlawanan, seri tiga kali, kalah empat kali dan tentang jaringan pula, semua kejayaan kami malam itu dicipta dengan gol cantik seperti David Beckham, Ole Gunnar Solskjaer dan Eric Cantona.

"Jaringan (kedua van Persie) malam ini juga termasuk dalam sejarah tersebut," kata Ferguson.
Van Persie muncul penjaring terbanyak musim ini dengan 24 gol dan Ferguson melabelnya setaraf dengan penyerang Perancis, Cantona yang menjadi inspirasi kelab itu ketika menamatkan kemarau 26 tahun kejuaraan liga selepas dibeli daripada Leeds United pada 1992.

"Dari segi impaknya, dia (van Persie) berjaya membawa perubahan yang besar daripada apa yang saya bayangkan.

"Cantona juga berjaya memberi impak yang besar dan saya sangat bernasib baik kerana memiliki beberapa lagi penyerang hebat sepertinya, mungkin seramai 10 orang dalam kelab ini.

"Saya rasa, kami memang menjangkakannya. Prestasinya bersama Arsenal tahun lepas sangat luar biasa dan saya masih ingat ketika kami melengkapkan pembeliannya, Arsene Wenger (pengurus Arsenal) berkata bahawa dia adalah pemain yang lebih bagus daripada apa yang kamu bayangkan.
"Saya rasa Wenger memang betul," kata Ferguson. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Selasa, 23 April 2013

Harap jodoh berpanjangan


QI sudah bersedia untuk berkahwin, sementara Nelydia menyerahkan segala ketentuan dan jodoh kepada Allah.


KEMESRAAN yang ditampilkan oleh pelakon Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen dan Qushairi Mohammed Razali atau Qi Razali semasa menjayakan acara Liga Juara Hot FM baru-baru ini seperti mengesahkan kedua-duanya sedang dilamun cinta.

Sebelum ini gambar mesra pasangan tersebut yang dimuat naik ke dalam laman sosial Instagram masing-masing menjadi tatapan peminat sehingga ramai yang mengandaikan sudah terjalin ikatan cinta antara mereka berdua.

Ketika diminta mengulas tentang status hubungan mereka sekarang ini, Qi dan Nelydia menyatakan bahawa mereka kini masih belum menjalinkan hubungan percintaan, sebaliknya hanya rapat sebagai seorang teman.
Menurut Qi, sebelum ini dia atau Nelydia tidak pernah membuat kenyataan yang mereka kini sedang bercinta. Bagaimanapun, mereka juga tidak menyembunyikan hubungan yang sekarang ini semakin erat dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Sebelum ini kami tidak pernah membuat kenyataan tentang status hubungan kami. Ya, kami memang berkawan dan saya akui hubungan dengan Nelydia sekarang bertambah rapat. Saya boleh melabelkan hubungan kami kini berada dalam peringkat proses mengenali hati budi masing-masing," jelas Qi tanpa berselindung.

Qi bagaimanapun memberitahu dia tidak mempunyai jawapan apabila ada yang bertanya sudahkah dia melamar pelakon baharu tersebut sebagai kekasih. Sebaliknya, bekas pemain dram grup OAG ini berkata: "Saya tak pernah luahkan perasaan cinta kepadanya sehingga sekarang."

Diminta bercerita tentang detik awal perhubungan mereka, Qi memberitahu semuanya bermula apabila mereka sama-sama berlakon dalam drama Friday I'm In Love pada tahun lalu.

Ujarnya, selepas membintangi drama berkenaan, mereka mula menjalinkan hubungan sebagai teman biasa. Bagaimanapun, sejak empat bulan lalu, hubungan dia dengan Nelydia mula menjadi lebih rapat.

"Saya berasa cukup selesa sepanjang berkawan dengannya. Walaupun dia baru berusia 19 tahun, namun saya dapati Nelydia seorang gadis yang cukup matang dan berfikiran jauh. Dia juga seorang yang periang," ujarnya yang begitu menyenangi sikap Nelydia.

Ditanya tentang jarak usia mereka yang cukup berbeza iaitu sebanyak 16 tahun, Qi yang kini berusia 35 tahun memberitahu dia tidak mempunyai masalah dengan jurang perbezaan tersebut. Malah, katanya dalam nada serius, dia juga tidak menjadikan faktor usia sebagai halangan buat mereka menjalinkan hubungan dengan lebih rapat. 

Terlanjur bercakap tentang jurang usia, Qi kemudian ditanya tentang perancangannya menamatkan zaman bujang kerana usianya yang sudah melewati angka 30-an.

Sambil tersenyum, pelakon yang cukup popular sebagai seorang pengacara itu memberitahu dia memang mempunyai hasrat untuk berkahwin memandangkan usianya yang bukan lagi muda.
QI dan Nelydia mengaku sudah mengenali keluarga masing-masing.


Ketika ditanya bila dia akan menamatkan zaman bujangnya memandangkan usia yang semakin bertambah, Qi menjelaskan perancangan untuk berkahwin memang ada, tetapi dia mahu mengenali Nelydia dengan lebih dalam lagi.

"Harus saya akui, sejujurnya, saya memang meletakkan harapan yang tinggi agar hubungan saya dan Nelydia menjadi lebih serius memandangkan kami juga sudah bertemu keluarga masing-masing. Bagaimanapun, itu semua terserah kepada jodoh," jelasnya.

Sementara itu, diminta mengulas tuduhan segelintir pihak yang menyatakan Nelydia menjadi punca kepada perpisahannya dengan Yuna sebelum ini, Qi menegaskan ia satu tuduhan yang tidak adil.

Tegas Qi: "Saya ingin jelaskan bahawa punca utama perpisahan saya dan Yuna adalah disebabkan jarak kami yang berjauhan. Ia tidak berkaitan langsung dengan Nelydia. Dia (Nelydia) bukan orang ketiga yang menyebabkan hubungan saya dan Yuna dahulu putus.

"Lagipun hubungan kami (Yuna) sudah tinggal sejarah dan rasanya tidak perlu lagi mengaitkan diri saya dan Yuna kerana masing-masing sudah mencari haluan hidup sendiri."

Tarik diri

Selain dikenali sebagai seorang pelakon, nama Qi turut menjadi sebutan ramai apabila dia menjadi pengacara sebuah program masakan iaitu Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) yang disiarkan di TV3.

Bagaimanapun, Qi yang menarik diri daripada mengacarakan rancangan tersebut telah kembali semula bagi menggantikan tempat Iqram Dinzly selaku pengacara untuk musim terbaharu program tersebut.
Sebelum ini, Qi pernah membuat kenyataan bahawa tidak mahu lagi terbabit dalam program tersebut sehingga TV3 terpaksa memilih Iqram sebagai pengganti.

Menjelaskan keadaan, Qi mengaku dia memang pernah membuat kenyataan demikian. Bagaimanapun, kata Qi, ia hanya bersifat sementara dan apabila pihak produksi memerlukan khidmatnya semula sebagai pengacara program tersebut, dia bersetuju memandangkan tidak terikat dengan komitmen lain.

"Saya memang ada menyatakan tidak mahu lagi mengacara JJCM, tetapi bukanlah buat selama-lamanya. Lagipun saya pernah memberitahu kepada pihak produksi yang saya sedia kembali sekiranya khidmat saya diperlukan semula.

"Dahulu saya ambil keputusan untuk menarik diri kerana jadual kerjaya saya yang sangat padat dan mempunyai komitmen lain yang perlu diuruskan. Kini, saya kembali semula kerana melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak produksi," ujarnya yang turut popular sebagai pengacara program Destinasi Bajet.
Jelas Qi, sebelum ini, sudah dua kali dia ditawarkan untuk kembali mengacara program JJCM, namun dia terpaksa mengambil masa yang cukup lama sebelum membuat keputusan bersetuju mengemudi semula program tersebut.

"Saya ambil keputusan dan bersetuju apabila mereka membuat tawaran kali ketiga, dengan syarat, saya diberi kelonggaran untuk melakukan pekerjaan yang lain," ujarnya yang mengikat kontrak selama dua musim bersama program berkenaan.
QI kembali mengacarakan program Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) dengan syarat dia diberi kelonggaran untuk terbabit dengan projek lain.


Fokus kerjaya
Mengalih bicara kepada Nelydia, dia yang hadir serentak bersama Qi pada majlis tersebut melontarkan bicara yang sama tentang hubungannya dengan lelaki itu.

Kata Nelydia, hubungannya dengan Qi belum sampai kepada tahap bercinta. Malah, dia sebenarnya berasa kurang selesa apabila ramai pihak yang sering memperkatakan hubungan cintanya dengan Qi. 

"Saya tidak berani untuk mengulas sejauh mana hubungan dengan Qi kerana apa sahaja boleh berlaku. Walaupun saya tak berani untuk melabelkan bentuk hubungan kami, namun saya tidak mahu menyembunyikan fakta bahawa hubungan yang terjalin antara kami sekarang ini bertambah erat.

"Kalau boleh saya tidak mahu orang mengenali saya kerana kisah cinta kerana pada masa ini saya perlu lebih fokus kepada kerjaya lakonan yang semakin berkembang dengan pelbagai tawaran yang diterima," ujarnya penuh sopan.

Bagaimanapun, pelakon yang semakin dikenali semenjak membintangi drama Setia Hujung Nyawa itu mengakui dia juga kini sedang mengenali hati budi Qi sebelum mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan yang serius.

Malah, Nelydia yang ditanya tentang kesediaannya berkahwin awal memandangkan Qi mengaku dia berharap agar hubungan mereka mampu melangkah ke tahap tersebut memberitahu, dia menyerahkan segala ketentuan takdir kepada Allah SWT.

"Saya tidak mempunyai masalah untuk berkahwin awal kerana soal jodoh ini kerja Tuhan. Bagaimanapun, sejujurnya, buat masa ini, jika berfikir secara realistik, untuk usia saya yang baru mencecah 19 tahun, saya 100 peratus belum bersedia untuk menjadi seorang isteri," katanya tanpa berselindung.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya berhubung perpisahan Qi dan Yuna, pelakon itu enggan ambil kisah kerana sedar dia langsung tidak bersalah.

Ujarnya, dia menganggap segala tuduhan tersebut dibuat oleh segelintir peminat yang masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa hubungan Qi dan Yuna sudah berakhir.

Katanya: "Saya melihat isu ini sebagai perkara yang remeh dan saya tidak tertekan dengan tuduhan yang dilemparkan. 

"Bagaimanapun, saya akui, perasaan saya akan terguris sekiranya ada mana-mana pihak yang mengeji dan mengutuk saya dengan cara yang melampau dan tidak beretika kerana saya juga memiliki perasaan."

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

'Jangan mudah rasa selesa'



IRFAN (tiga dari kanan) bersama rakan sejawatnya, Morgan pada sidang akhbar menjelang aksi Kumpulan H kempen Piala AFC 2013 di Stadium Shah Alam semalam.


ADA mesej positif yang mahu disampaikan pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim kepada anak-anak buahnya ketika melayan kunjungan kelab India, East Bengal dalam aksi Kumpulan H kempen Piala AFC 2013 di Stadium Shah Alam malam ini.

Berdepan ‘misi hidup dan mati’ memandangkan hanya kemenangan yang mampu menghidupkan sisa-sisa peluang pasukannya mara ke pusingan kedua, Irfan menuntut anak-anak buahnya supaya mengikis sikap sambil lewa terutama ketika mendahului lawan dalam mana- mana perlawanan.

Menurut beliau, ‘penyakit lama’ itu dilihat menyelubungi segelintir pemain Gergasi Merah terutama ketika ditunjukkan jalan keluar oleh Johor Darul Takzim pada suku akhir Piala FA baru-baru ini.

“Saya perhatikan ada pemain yang tidak memberikan sepenuh komitmen terutama ketika mendahului lawan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Tuhan marah jika kita riak, justeru ia tidak sepatutnya berlaku terutama ketika berdepan pasukan yang kuat seperti East Bengal,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Shah Alam semalam.

Irfan memberitahu, beliau optimis moral anak-anak buahnya berada pada tahap terbaik dan telah pun melupakan kekecewaan tersingkir dalam saingan Piala FA sebelum ini.

Pada masa yang sama katanya, beliau kekal mempercayai polisi penggiliran pemain memandangkan memiliki tugas getir melayan kunjungan peneraju Liga Super, Lions XII di stadium yang sama Sabtu ini.

“Pemain tampak keletihan ekoran jadual perlawanan yang cukup padat, segala-galanya dilihat serba tidak menjadi dalam beberapa perlawa- nan sebelum ini. Justeru, saya perlu melakukan penggiliran pemain bagi mengelak sebarang kesulitan.

“Esok (malam ini), saya hanya boleh menurunkan seorang pemain import iaitu Michel Kubala ketika berdepan East Bengal memandangkan Peter Chrappan digantung perlawanan manakala Francis Forkey Doe pula masih di- belenggu kecederaan.

“Selain itu, Nasriq Baharom, Mohd. Afiq Azmi serta penjaga gol, Norazlan Razali juga kurang cergas dan belum pasti dapat diturunkan (malam ini),” katanya.

Dengan ketiadaan Forkey Doe, Irfan juga tidak menolak kemungkinan menggandingkan Amri Yahyah dan Mohd. Ramzul Zahini Adnan bagi merobek gawang East Bengal malam ini.

“Saya juga berharap beberapa pemain yang baru pulih daripada kecederaan seperti Mohd. Raimi Mohd. Nor dan Mohd. Fitri Shazwan Radu- wan mampu membantu kami membawa pulang tiga mata,” katanya.
Untuk rekod, Selangor yang tumpas 0-1 kepada East Bengal dalam aksi pembuka tirai kumpulan pada 27 Februari lalu kini mengutip empat mata selepas empat perlawanan.

Mereka bakal menutup tirai kumpulan berdepan pasukan tercorot, Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 30 April ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Messi tetap diturunkan


BARCELONA - Pemain terbaik dunia, Lionel Messi telah disenaraikan dalam skuad Barcelona menjelang pertemuan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara dengan Bayern Munich awal pagi esok.

Bintang Argentina itu menjalani latihan penuh bersama skuad Barca kelmarin dan meskipun masih belum cergas sepenuhnya daripada masalah hamstring, dia tetap disenaraikan dalam skuad The Catalan itu.

"Lionel Messi telah menjalani latihan seperti biasa pagi Ahad (kelmarin) dan walaupun masih belum pulih sepenuhnya, dia akan tetap disenaraikan dalam skuad Barcelona bagi pertemuan Liga Juara-Juara dengan Bayern Munich.

"Hanya tiga pemain yang tidak disenaraikan dalam skuad ini iaitu Javier Mascherano dan Carles Puyol yang mengalami kecederaan dan Adriano yang menjalani penggantungan," jelas kenyataan Barca.

Messi dijangka diturunkan pada aksi awal pagi esok meskipun dia tidak bermain sejak saingan suku akhir Barca menentang Paris Saint-Germain (PSG) pada 10 April lepas.

Sementara itu, Cesc Fabregas yang menggalas tugas Messi sepanjang ketiadaan pemain itu menjelaskan, dia bersedia diletakkan di bangku simpanan sekiranya Messi disahkan boleh beraksi.

Fabregas yang menjaringkan gol kemenangan Barca ke atas Levante, Ahad lepas berkata: "Lionel sudah bersedia diturunkan di Munich nanti. Dia adalah tonggak utama kami dan pasukan ini lebih selamat jika dia diturunkan seperti yang dilakukannya ketika menentang PSG.

"Leo mampu membawa perubahan dalam permainan. Saya boleh terima kalau saya diletakkan di bangku simpanan kerana Leo seorang pemain yang penting." - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

City mangsa amukan Spurs



BALE (kanan) bijak melambungkan bola di celah tangan penjaga gol City, Joe Hart untuk mencetak gol ketiga buat Spurs kelmarin. Spurs menang 3-1.


LONDON - Pengendali Tottenham Hotspur, Andre Villas-Boas memberi amaran kepada Arsenal dan Chelsea bahawa Spurs berada dalam keadaan selesa untuk menamatkan saingan Liga Perdana England musim ini di tangga keempat.

Beliau menyuarakan keyakinan tersebut selepas menyaksikan Spurs melakukan kebangkitan dramatik membenam juara bertahan, Manchester City 3-1 di White Hart Lane kelmarin.

Sebelum itu, City mendahului tuan rumah 1-0 seawal minit kelima dan kedudukan itu kekal sehingga perlawanan berbaki 15 minit untuk ditamatkan.

Tiga pemain tonggak Spurs, Clint Dempsey, Jermain Defoe dan Gareth Bale masing-masing meledakkan satu gol dalam tempoh 15 minit untuk Spurs melakukan kebangkitan yang menakjubkan.

Bagaimanapun, Spurs masih menduduki tangga kelima carta Liga Perdana, namun mereka hanya dipisahkan satu mata kepada Chelsea yang berada di tangga keempat serta dua mata kepada pasukan tangga ketiga, Arsenal.

"Kebangkitan dramatik itu sangat bermakna kepada kami. Itu bermakna, kami kini berada dalam momentum terbaik untuk mengakhiri musim ini kerana memiliki satu perlawanan dalam tangan berbanding Arsenal. Perlawanan tersebut adalah menentang The Blues.

"Jadi, kami berada dalam situasi terbaik sekali lagi," jelas Villas-Boas.
Dalam perlawanan menentang City itu, Spurs ketinggalan seawal minit kelima menerusi jaringan Samir Nasri.
Namun, Villas-Boas tidak cepat panik, sebaliknya beliau membawa masuk tiga pemain gantian Defoe, Tom Huddlestone dan Lewis Holtby untuk merubah tempo permainan dalam usaha layak ke Liga Juara-Juara. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my