LONDON - Pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand melaungkan amaran awal kepada pencabar-pencabar skuad The Red Devils dalam saingan Liga Perdana England.
Ferdinand berkata, United berazam untuk mempertahankan kejuaraan yang
dimenangi musim lalu, sekali gus dianggap sebagai permulaan yang baik
di bawah bimbingan pengendali baharu, David Moyes
.
"Ia akan menjadi sesuatu yang menakjubkan kalau kami memenangi gelaran liga sekali lagi di bawah kendalian Moyes.
"Musim lepas adalah antara musim terbaik kami apabila menjuarai
gelaran ke-20 liga, namun kali ini ia bakal mengulangi pencapaian
tersebut.
"Memenanginya buat kali pertama di bawah kendalian pengurus baharu adalah sesuatu yang sangat istimewa," kata Ferdinand.
Ferdinand masih meneruskan karier dengan United meskipun Alex Ferguson telah bersara.
Bekas pemain pertahanan England berusia 34 tahun itu yakin skuad The Red Devils akan tampil lebih hebat musim depan di bawah kendalian Moyes.
"Moyes seorang lelaki yang jujur dan meminati bola sepak.
"Etika kerjanya menggambarkan sifat dirinya dan beliau pasti mahukan
kejayaan. Kami mempunyai peluang yang cerah dengan pengurus baharu ini.
"Setiap tahun selepas habis musim, kami sudah mula memikirkan tentang musim depan dan apa yang patut kami lakukan.
"Kami juga sentiasa berbincang mengenai cara untuk memperbaiki
prestasi musim lepas. Ia tidak banyak berbeza dengan tahun ini walaupun
kami bertukar pengurus," katanya. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan