ULSAN - Iran mencatat kemenangan 1-0 ke atas Korea Selatan -
keputusan yang menyaksikan kedua-dua pasukan berjaya menempah ke Piala
Dunia di Brazil tahun depan walaupun tuan rumah terpaksa bergelut dan
perlu menunggu sehingga wisel penamat bagi mengetahui nasib mereka.
Iran menamatkan saingan Kumpulan A di tangga teratas dalam kelayakan
zon Asia, sementara Korea Selatan menduduki tempat kedua, berkongsi
mata dengan Uzbekistan tetapi memiliki kelebihan dari segi jaringan.
Uzbekistan bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 5-1 di tempat sendiri menewaskan Qatar.
Bagaimanapun, mereka agak terlambat untuk bangkit menyaksikan
Uzbekistan gagal mara secara automatik dari segi kekurangan jaringan
berbanding Korea Selatan.
Gol kemenangan Iran terhasil pada minit ke-60. Kim Young-Gwon gagal
mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan Reza Ghoochannejad menggunakan
kelebihan dengan merembat lencong menewaskan penjaga gol, Jung
Sung-Ryeong.
Korea Selatan, tidak mahu meletakkan nasib mereka kepada Uzbeksitan,
apabila penyerang mereka melakukan beberapa percubaan untuk mencari gol
penyamaan, namun gagal.
Young-Gwon hampir menebus kesilapannya tetapi percubaan jarak dekat
pada minit ke-86 berjaya diselamatkan penjaga gol, Rahman Ahmadi dan
tindakan susulan Jang Hyun-Soo pula dihalang.
Ketika pemain Iran, jurulatih, Carlos Queiroz dan pegawai meraikan
kejayaan di atas padang, pemain Korea Selatan dan penyokong mereka
menunggu penuh debar aksi Uzbeksitan sebelum mereka mendapat tahu bahawa
mereka turut mara ke Brazil tahun depan.
Kejayaan Korea Selatan mara ke Brazil merupakan penampilan lapan
berturut-turut mereka berjaya ke aksi Piala Dunia, termasuk ketika
menjadi tuan rumah bersama pada 2002, sementara Iran berjaya layak buat
kali keempat tatkala Piala Dunia 2010 mereka gagal melakukannya.
Turut mara ke Piala Dunia ialah Australia yang menewaskan Iraq 1-0
dalam perlawanan Kumpulan B, mereka berjaya mengikut jejak Jepun selaku
juara kumpulan dan telah mengesahkan tempat lebih awal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan