|
SELEPAS 14 tahun hidup bersama tanpa ikatan perkahwinan dan
dikurniakan sepasang anak iaitu Lily-Rose, 14, dan Jack, 11, hubungan
antara aktor Johnny Depp dan Vanessa Paradis berakhir pada Jun tahun
lalu.
Sejak berpisah, baik Depp mahupun Paradis, kedua-duanya tidak pernah
memberi kenyataan tentang hubungan mereka yang terpaksa berakhir.
Bagaimanapun, kini selepas genap setahun, Depp akhirnya membuka mulut
dan bercakap tentang perasaannya selepas berpisah dengan model dan
aktres tersebut.
Depp mengakui kepada majalah Rolling Stone bahawa perpisahan tersebut bukan sesuatu yang mudah buatnya.
"Beberapa tahun kebelakangan sebelum kami berpisah, ia bukan tahun yang mudah untuk hubungan kami.
"Selepas berpisah, ia juga bukan situasi yang baik buat saya tetapi
ia adalah perkara normal yang dialami semua orang selepas berpisah
terutama apabila ia melibatkan anak-anak.
"Ia memerlukan lebih banyak masa untuk pulih," dedah Depp tentang kehidupannya selepas putus cinta.
Depp, 50, juga seperti meletakkan kesibukannya dan Paradis sebagai faktor utama perpisahan tersebut.
Ditanya tentang perbandingan antara perpisahan kali ini dengan
perpisahan bersama dua kekasihnya sebelum ini iaitu Winona Ryder dan
Kate Moss, Depp memberitahu, dia kini bersikap lebih matang dan dapat
menangani rasa kecewa dengan lebih baik.
Malah dia juga memberitahu, anak- anaknya menerima perpisahan ibu bapa mereka dengan tenang.
Sementara itu, saat ditanya tentang hubungan dengan kekasih baharunya
yang berusia 27 tahun, Amber Heard, Depp tidak memberikan sebarang
jawapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan