LONDON - Rancangan pengurus baharu Manchester City, Manuel Pellegrini
untuk membawa masuk dua bintang besar, Edinson Cavani dan Isco mampu
dirosakkan gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid.
City sudahpun memulakan rundingan dengan penyerang Uruguay, Cavani
mahupun bintang tengah Sepanyol, Isco, malah bersedia berbelanja besar
sekitar 80 juta pound (RM250 juta) untuk membawa masuk kedua-dua pemain
itu.
Bagaimanapun hasrat mereka itu mampu digagalkan oleh juara Eropah
sembilan kali, Real yang turut menyuarakan minat untuk mendapatkan
pemain yang sama.
Cavani menjadi sasaran utama Pellegrini pada musim panas ini dan City
sedia membayar 55 juta pound (RM171. 3 juta) untuk membebaskan
penyerang berusia 26 tahun itu daripadanya kontraknya di Napoli.
Begitupun bapa Cavani, Luiz mendedahkan anaknya lebih berminat untuk
menyertai Real berbanding beraksi dalam kancah bola sepak Inggeris.
"Impiannya adalah beraksi untuk Real Madrid. Dia amat teruja dengan peluang itu dan berharap perjanjian dapat dilakukan.
"Saya juga berharap ia akan menjadi kenyataan dan persetujuan dicapai
secepat mungkin. Siapa yang tidak mahu bermain untuk Real Madrid ?,"
kata Luiz.
Menjadikan keadaan bertambah buruk, pemain antarabangsa Sepanyol,
Isco, 21, juga mahu dilamar oleh Real dengan bayaran 30 juta pound
(RM93.4 juta).
Begitupun, Pellegrini memiliki kelebihan berbanding Real kerana dia
lebih mengenali Isco kerana kedua-dua mempunyai hubungan yang amat baik
ketika berkerja bersama di Malaga.
Namun begitu, ia tetap belum menjamin Isco akan mengikuti jejak bekas
jurulatihnya ke City kerana pemain muda itu memberitahu rakan-rakannya
bahawa dia tidak sukar untuk menolak jika Real mengemukakan tawaran. -
AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan