FORTALEZA, Brazil - Jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque mengakui corak permainanTotal Football menjadi faktor kejayaan skuad La Roja menewaskan Nigeria 3-0 pada aksi terakhir Kumpulan B kempen Piala Konfederasi 2013 di Stadium Castelao awal pagi semalam.
Del Bosque berkata, kejayaan Jordi Alba meledakkan dua gol pada
perlawanan itu membuktikan bahawa para pemainnya boleh bermain dengan
baik di semua posisi.
Hanya perlu seri untuk mengatur pertemuan dengan Itali pada aksi
separuh akhir, Sepanyol bermula dengan baik apabila Alba berjaya
menembusi benteng pertahanan Nigeria, sekali gua meledakkan gol pertama
juara dunia dan Eropah itu pada minit ketiga.
Pemain gantian, Fernando Torres melayangkan badan untuk menanduk
masuk gol kedua Sepanyol pada minit ke-62 sebelum Alba melengkapkan
kemenangan pasukan itu pada minit ke-88.
Ketika ditanya mengenai kejayaan Alba menjaringkan kedua-dua gol
tersebu, del Bosque berkata, beliau mengkaji corak permainan Belanda
ketika menewaskan Jerman pada Piala Dunia 1974.
"Apabila sistem ini (Total Football) berjalan dengan lancar, anda boleh mengubah kedudukan pemain pada bila-bila masa.
"Sebagai contohnya, Alba boleh menukar posisi menjadi pemain sayap,
tetapi dalam masa yang sama, dia tidak meninggalkan posisinya di
bahagian pertahanan.
"Tanpa disangka, kami mampu menjaringkan gol. Sistem bola sepak ini
menunjukkan bahawa pemain kami mampu beraksi di posisi pertahanan,
tengah dan penyerang," kata del Bosque.
Selain itu, Sepanyol turut menguasai permainan apabila statistik menunjukkan skuad La Roja itu mengawal sebanyak 58 peratus perlawanan berbanding Nigeria (42 peratus).
Del Bosque dijangka mengekalkan corak permainan Total Football ketika berdepan Itali di gelanggang yang sama pada aksi separuh akhir awal pagi Jumaat depan.
"Corak permainan ini (Total Football) memberi lebih banyak ruang untuk menyerang," tambah del Bosque.
Bel Bosque berkata, barisan pemain La Roja kini semakin selesa dengan corak permainan Total Football meskipun sebelum ini mereka cukup sinonim dengan gaya Tika Taka. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan