TURIN, Itali - Carlos Tevez bakal menggalas tugas mencabar di Juventus apabila diberikan jersi No. 10 milik legenda The Old Lady, Alessandro Del Piero selepas menamatkan empat tahun yang penuh kontroversi di Manchester City.
Bintang penyerang Argentina berusia 29 tahun itu mengesahkan
perpindahannya ke Turin selepas mengikat kontrak tiga tahun. Juventus
bagaimanapun tidak menyatakan berapakah yuran yang dibayar oleh gergasi
Serie A itu, namun media Itali melaporkan perpindahan bernilai sekitar
12 juta pound (RM58.63 juta), termasuk bonus
.
Juventus mengumumkan ketibaan bekas bintang Manchester United itu
dengan gambarnya menerima jersi No. 10 yang terkenal daripada Presiden
kelab, Andrea Agnelli disiarkan secara rasmi.
"Bintang Argentina ini sudah biasa menang dan dia telah melakukan
perkara itu di mana-mana dia berada," kata Juventus dalam laman web
rasmi mereka, www.juventus.com.
Del Piero menghabiskan hampir 20 tahun di Juventus dan membantu
mereka memenangi Liga Juara-Juara 1996, malah tetap setia bersama kelab
walaupun ketika mereka disingkirkan ke Serie B pada musim 2006/2007
kerana didapati bersalah menjual perlawanan. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan