Selasa, 18 Jun 2013

Tingkap RM25 juta Adele

ADELE


ADELE amat mengambil berat soal keselamatan kediamannya. Ini kerana dia tinggal di kawasan kejiranan yang sama dengan pemain bola sepak David Beckham.

Dilaporkan penyanyi berusia 25 tahun itu telah melakukan penambahan tahap sistem keselamatan kerana mahu melindungi dirinya, pasangannya Simon Konecki dan anak sulungnya yang berusia lapan bulan, Angelo. 

Sumber terdekat memberitahu Contactmusic: "Dia (Adele) berpindah ke kawasan tersebut beberapa bulan yang lalu dan telah melakukan kerja-kerja baik pulih keseluruhan rumah yang mempunyai empat bilik itu termasuk menambah tingkap kalis peluru yang bernilai RM25 juta."

Selain mengambil kira soal keselamatan rumahnya, Adele juga dilaporkan membeli barangan rumah di kedai barangan terpakai apabila dia mula menghias rumah baharunya itu.

"Adele sama seperti wanita yang lain. Dia suka tawar-menawar ketika membeli-belah. Walaupun mampu membeli barangan di gedung beli-belah mewah, dia lebih suka membeli barangan di kawasan berdekatan rumahnya.

"Dia langsung tidak kelihatan bosan ketika membeli-belah barangan rumah. Malah, dia menghabiskan banyak masa memilih barangan sebelum membuat keputusan untuk membelinya," kata sumber tersebut.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan