MANCHESTER - Manchester United bersedia menggunakan pengaruh yang
dimiliki Alex Ferguson untuk membawa semula Cristiano Ronaldo ke Old
Trafford.
Terdahulu, Ronaldo dilapor kecewa dengan keputusan bekas pengurus
United berusia 71 tahun itu yang bersara pada penghujung musim ini.
Ronaldo dikatakan hanya mahu kembali jika Ferguson masih mengendalikan United.
Namun, pihak pengurusan United percaya, pengaruh Ferguson sebagai pengarah skuad The Red Devils mampu merealisasikan perkara tersebut.
Biarpun Ferguson enggan campur tangan sebarang urusan pengendali
baharu United, David Moyes, beliau dikatakan bersedia memujuk Ronaldo
kembali ke Old Trafford.
Hubungan antara kedua-dua individu itu masih baik sejak Ronaldo
meninggalkan United dengan yuran perpindahan sebanyak £80 juta (RM388.7
juta) pada musim 2009.
Dia juga merakamkan penghargaan kepada Ferguson ketika 'orang kuat' United itu mengumumkan persaraan musim lalu.
Pada masa sama, impian peminat fanatik United juga kembali membara
apabila Ronaldo menegaskan belum membuat sebarang keputusan mengenai
masa depannya bersama Real.
Mereka juga berharap kehadiran Gareth Bale ke Real mampu menjamin kepulangan Ronaldo ke Old Trafford. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan