LONDON - Romelu Lukaku mahu menjadi legenda Chelsea sama seperti yang dilakukan oleh Didier Drogba.
Penyerang itu mahu mencapai sasaran itu dengan cepat dengan bantuan Drogba, yang disifatkan sebagai idolanya.
Lukaku yang sudahpun dilabelkan sebagai 'Drogba baharu' di Chelsea
berkata: "Drogba adalah legenda. Kini terserah kepada saya untuk
melakukan sama seperti apa yang dia telah lakukan. Saya mahu mencapainya
secepat mungkin."
Lukaku yakin dia boleh mencontohi Drogba, apatah lagi pemain berusia 35 tahun itu membantunya.
Lukaku, 20, dari Belgium menambah: "Drogba merupakan salah seorang
rakan baik saya. Dia merupakan idola saya ketika saya di Chelsea
bersamanya.
"Selepas latihan, kami sering berbual selama berjam-jam.
"Kami masih mempunyai hubungan yang baik dan masih berbual setiap
hari. Hari ini saya memberitahu dia apa yang saya buat ketika latihan
dan dia memberitahu saya sama apa yang saya lakukan betul atau salah.
"Didier menonton aksi saya dan dia mengharapkan saya mampu berjaya.
"Dia mengharapkan banyak kejayaan daripada saya," katanya. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan