LONDON - Penyerang Sepanyol, Alvaro Negredo berharap dapat membentuk gandingan mantap bersama Jesus Navas selepas melengkapkan perpindahan ke Manchester City kelmarin.
City mengesahkan bahawa mereka telah melengkapkan yuran perpindahan bernilai £16.4 juta (RM79 juta) untuk Negredo dari Seville.
Negredo bakal menyertai bekas rakan sepasukan Sevilla, Jesus Navas yang turut menyertai skuad The Citizens menerusi perpindahan berjumlah £15 juta (RM72 juta) bulan lalu.
Selain itu, City turut menambah kekuatan di jentera serangan dengan
menandatangani seorang lagi penyerang, Stevan Jovetic dari Fiorentina
dengan harga £25.8 juta (RM125.9 juta).
Jovetic, 23, dari Montenegro menjadi pemain keempat yang ditandatangani City selepas Fernandinho, Navas dan Negredo.
Penyokong-penyokong fanatik City kini berharap gandingan Negredo dan
Navas dapat memberikan impak seperti mana yang mereka lakukan di
Sepanyol.
"Saya menghubungi Navas dan Javi Garcia sebelum pihak pengurusan mengesahkan perpindahan saya.
"Mereka berasa gembira dan begitu juga dengan saya. Kembali bersama
dengan bekas rakan-rakan sepasukan merupakan detik yang sangat istimewa.
Navas merupakan seorang pemain yang hebat dan berbakat besar.
"Saya berharap dapat menjaringkan lebih banyak gol hasil dengan bantuan Navas pada musim depan," kata Negredo.
Untuk rekod, Negredo yang membuat 14 penampilan bersama Sepanyol telah menandatangani kontrak selama empat tahun dengan City.
"Jovetic akan menyertai sesi latihan City minggu depan," menurut satu kenyataan kelmarin. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan