Terpaksa ketepi hajat juara EPL kerana kita ada perancangan: Julian
Bangkok: Permintaan juara Liga Perdana Inggeris untuk datang ke Malaysia tahun ini terpaksa ditolak syarikat pengendali Jelajah Asia kelab-kelab Liga Perdana Inggeris, ProEvents.
Bangkok: Permintaan juara Liga Perdana Inggeris untuk datang ke Malaysia tahun ini terpaksa ditolak syarikat pengendali Jelajah Asia kelab-kelab Liga Perdana Inggeris, ProEvents.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Julian Kam, berkata Malaysia adalah
antara destinasi utama di rantau ini yang menjadi tumpuan kelab-kelab
besar, tetapi memandangkan perancangan awal sudah dibuat, permintaan
United terpaksa ditolak.
Manchester United ada meminta untuk datang ke Malaysia tahun ini tetapi kami terpaksa tolak kerana sudah ada perancangan awal yang ketat." Julian Kam, Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents
"Situasi ini cukup berbeza berbanding beberapa tahun dulu. Sebelum ini sukar untuk dapatkan pasukan besar datang ke Malaysia, tetapi sekarang kebanyakan kelab berasa Malaysia salah satu destinasi yang perlu dikunjungi.
"Manchester United ada meminta untuk datang ke Malaysia tahun ini tetapi kami terpaksa tolak kerana sudah ada perancangan awal yang ketat.
"Malah, Chelsea turut meminta untuk tinggal sehingga Rabu pagi sebelum bertolak ke Jakarta bagi perlawanan terakhir dalam siri Jelajah Asia tahun ini.
“Ini bagus untuk industri bola sepak tempatan." kata Julian kepada media Malaysia yang dibawa ke Bangkok untuk perlawanan sulung pertama Chelsea bertemu Thailand All Star, malam ini.
Jualan tiket perlawanan antara Chelsea dan Malaysia XII di Stadium Shah Alam Ahad ini sudah melebihi 30,000 dan Julian menjangkakan sebaik kelab gergasi Inggeris itu tiba di ibu negara, jualan akan meningkat secara mendadak.
"Kehadiran Jose Mourinho menjadi pencetus kepada sambutan menggalakkan tahun ini. Selain malam perlawanan, pembeli tiket juga berpeluang melihat corak latihan Jose yang dikatakan cukup berbeza dengan jurulatih lain pada sesi latihan pada Sabtu," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan