LONDON - Manchester United dilaporkan menolak tawaran Chelsea bagi mendapatkan khidmat Wayne Rooney.
Menurut laporan media Britain semalam, juara Liga Perdana England itu telah menolak tawaran yang dikemukakan skuad The Blues tanpa mendedahkan sumbernya.
Sky Sports News mendedahkan gambar Rooney tiba di lokasi latihan
Chelsea di London tetapi siaran televisyen itu melaporkan bahawa United
menolak tawaran skuad The Blues.
Chelsea dilaporkan membuat tawaran berjumlah £10 juta (RM48.5 juta)
termasuk menawarkan Juan Mata atau David Luiz sebagai pertukaran.
Rooney, 28, menjadi topik utama spekulasi untuk meninggalkan Old Trafford sejak dia membuat permohonan untuk meninggalkan skuad The Red Devils sebelum bekas pengurus, Alex Ferguson bersara akhir musim lalu.
Awal bulan ini, akhbar Daily Mail melaporkan, Chelsea membuat tawaran berjumlah £60 juta (RM292 juta) ke atas penyerang sensasi England itu.
Pengurus Chelsea, Jose Mourinho turut mendedahkan keinginannya untuk mendapatkan Rooney minggu lalu.
Mourinho berkata, dia sangat menyukai penyerang United itu.
Bagaimanapun, pengurus United, David Moyes membidas laporan itu sambil mendakwa Rooney bukan untuk dijual.
"Sukar untuk saya mengulangi perkara itu tetapi saya perlu
melakukannya. Rooney masih lagi pemain United dan dia akan kekal bersama
kami," kata Moyes di Bangkok baru-baru ini.
Namun, Rooney turut dilaporkan 'marah dan keliru' dengan komen Moyes
untuk menjadikannya sebagai penyerang kedua kepada Robin van Persie
musim depan. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan