Selayang: Lebih 500 penyokong Selangor yang berang dengan
kekalahan skuad kesayangan mereka kepada naib juara Liga Perdana Sime
Darby 3-0 di Stadium Selayang, malam tadi bertindak ‘mengepung bas’
dinaiki skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu.
Mereka yang berkumpul di hadapan pintu stadium selepas perlawanan berakhir turut menyanyikan lagu ‘Oh Selangor apa sudah jadi’ sebaik pemain The Red Giants keluar dari bilik persalinan menuju ke bas berkenaan.

Irfan Bakti yang kecewa dengan kegagalan anak buahnya yang terus gagal
meraih kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan A Piala Malaysia
bagaimanapun masih optimis pemainnya mampu bangkit mencuri satu slot ke
suku akhir sekali gus memastikan ‘Misi 33’ tidak berkubur awal.
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan