Berlin: Juara Eropah, Bayern Munich terlepas mata penuh pertama
mereka dalam saingan Bundesliga musim ini selepas sekadar seri 1-1
dengan Freiburg awal pagi semalam - menjelang pertembungan menentang
Chelsea pada aksi Piala Super awal pagi Sabtu ini.
Anak didik Pep Guardiola pada awalnya dilihat di landasan terbaik meraih tiga mata apabila Xherdan Shaqiri membuka tirai jaringan pada minit ke-33 namun dipadamkan Nicolas Hofler yang menyamakan kedudukan buat Freiburg empat minit sebelum tamat perlawanan.

Schweinsteiger ditimpa musibah
Bayern bukan saja sekadar mengutip satu mata malah dihantui kecederaan buku lali membabitkan pemain tengah mereka, Bastian Schweinsteiger sekali gus bakal terlepas pertembungan dengan Chelsea.
Dia akan diperiksa di Munich, kami harap dia boleh beraksi menentang Chelsea, kata Pengarah Media Bayern, Markus Hoerwick.
Ketika ini, Bayern kekal di tangga teratas liga dengan 10 mata tetapi kedudukan itu akan berubah sekiranya Mainz, Borussia Dortmund dan Bayer Leverkusen berjaya mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing hujung minggu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan