“Saya gembira apabila isu penyalahgunaan dadah membabitkan pemain saya tidak mempengaruhi persembahan pasukan malam ini (malam tadi).
Kelantan yang dahagakan kemenangan selepas sekadar seri 1-1 pada perlawanan pertama menentang Pahang Selasa lalu ternyata garang apabila terus membuat asakan bertali arus ke kubu Terengganu sebaik perlawanan dimulakan.
Sepakan penalti
Usaha keras anak buah Bojan Hodak akhirnya berhasil apabila pemain import berbisa, Dickson Nwakaeme menanduk masuk bola hantaran ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi pada minit ke-10 untuk gol pertama Kelantan.
Tersentak dengan asakan bertali arus Kelantan, anak buah E Elavarasan bertindak mengatur serangan balas dan Mohd Ashari Shamsuddin hampir mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-15, tetapi rembatan derasnya sekadar terkena tiang gol.
Peluang terbaik Kelantan menambah jaringan muncul pada minit ke-24 apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti selepas ketua pasukan Terengganu, Hasmizan Kamaruddin menjatuhkan Mohd Norfarhan Mohamad di dalam kotak penalti.
NS putih mata
Di Seremban, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C hasrat Negeri Sembilan meneruskan rentak kemenangan pada perlawanan kedua tidak kesampaian apabila kalah 3-5 kepada Pahang dalam perlawanan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
Jaringan pembukaan pelawat dihasilkan penyerang kebangsaan, Azamuddin Akil pada minit ke-23 namun kembali disamakan oleh S Sivanesan pada minit ke-48.
R Gopinathan turut tidak menghampakan apabila meledak dua gol pada minit ke-51 dan satu gol menerusi tonggak import, Matias Ruben Conti pada minit ke-63.
Sivanesan kembali merapatkan jurang dengan gol kedua tuan rumah pada minit-73 dan tiga minit kemudian, William Modibo menambah gol ketiga Negeri Sembilan namun ia semakin membangkitkan semangat lawan untuk melengkapkan jaringan kelima menerusi Mohd Faizol Hussin pada minit ke-82.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan