LONDON - Liverpool dibelenggu masalah kecederaan pemain menjelang
pertembungan klasik Liga Perdana England menentang Manchester United di
Anfield, Ahad ini.
Tiga pemain utama iaitu Kolo Toure, Aly Cissokho dan Joe Allen
dijangka terlepas aksi tersebut selepas mengalami kecederaan ketika
membantu skuad The Reds menewaskan Notts County 4-2 pada pusingan kedua
Piala Liga awal pagi semalam.
Toure yang mencuri tumpuan selepas bekas pemain Manchester City itu
diberi peranan utama oleh pengendali Liverpool, Brendan Rodgers musim
ini mengalami kecederaan pangkal paha.
Pemain tengah skuad The Reds, Cissokho pula ditimpa kecederaan kaki,
manakala perancang Wales, Joe Allen mengalami kecederaan hamstring.
Begitupun, Rodgers berharap kecederaan yang menimpa ketiga-tiga pemain utama itu akan pulih dalam tempoh terdekat.
"Kami akan memeriksa tahap kecederaan mereka. Kami sangat kecewa dengan situasi Cissokho yang mengalami kecederaan terlalu awal.
"Dia sangat teruja untuk beraksi pada pertemuan menentang United minggu ini.
"Selain Cissokho, kami turut memantau tahap kecergasan Allen dan Toure," kata Rodgers. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan