Manchester: Pengurus Manchester United, David Moyes terus mengunci
mulut mengenai cakap-cakap mahu membida bintang ternama Tottenham
Gareth Bale selepas skuad kendaliannya seri 0-0 menentang Chelsea, awal
pagi semalam.
Bale dilihat lebih menjurus menyertai Real Madrid tetapi selepas Tottenham mendakwa terdapat kelab kedua yang menawarkan tawaran ke atas pemain sayap The Wales itu kelmarin, Moyes ditanya mengenai minatnya itu.
Pengurus dari Scotland itu memberitahu Sky Sports: Saya sudah
berkata sejak mula betapa Manchester United akan sentiasa berminat
dengan pemain terbaik dan kami selalu cuba untuk membangunkan lagi
pasukan.
Pemilik kelab sudah memberi saya segala peluang untuk mendapatkan siapa yang saya mahukan, jadi kami akan terus mencari pemain itu. Ia sukar pada perpindahan jendela tetapi kami selalu mencari pemain yang terbaik.
Tingkat tawaran Fellaini
Mengenai perlawanan menentang The Blues, Moyes berkata: Saya fikir kami sudah bermain dengan baik dan saya kecewa kami tidak dapat menyumbat jaringan. Mungkin kami kekurangan dari segi hantaran.
Saya fikir pertahanan Chelsea bermain dengan sangat baik. Jika sesiapa yang mempunyai peluang, ia sudah tentunya daripada kami. Kami memasuki padang dengan tiga penyerang tengah dan kami cuba untuk memenangi perlawanan.
Kami sudah mencuba sedaya upaya dan mungkin sebab bola jarang diterima Robin van Persie atau Wayne Rooney menyebabkan peluang jaringan itu kurang. Anda boleh bermain bola sepak dengan banyak cara.
Sementara itu, Moyes sudah bersiap sedia menawarkan tawaran baru bernilai 25 juta pound (RM129.62 juta) ke atas bekas pemainnya dari Everton, Marouane Fellaini dalam tempoh 24 jam ini. - Agensi
Bale dilihat lebih menjurus menyertai Real Madrid tetapi selepas Tottenham mendakwa terdapat kelab kedua yang menawarkan tawaran ke atas pemain sayap The Wales itu kelmarin, Moyes ditanya mengenai minatnya itu.
Pemilik kelab sudah memberi saya segala peluang untuk mendapatkan siapa yang saya mahukan, jadi kami akan terus mencari pemain itu. Ia sukar pada perpindahan jendela tetapi kami selalu mencari pemain yang terbaik.
Tingkat tawaran Fellaini
Mengenai perlawanan menentang The Blues, Moyes berkata: Saya fikir kami sudah bermain dengan baik dan saya kecewa kami tidak dapat menyumbat jaringan. Mungkin kami kekurangan dari segi hantaran.
Saya fikir pertahanan Chelsea bermain dengan sangat baik. Jika sesiapa yang mempunyai peluang, ia sudah tentunya daripada kami. Kami memasuki padang dengan tiga penyerang tengah dan kami cuba untuk memenangi perlawanan.
Kami sudah mencuba sedaya upaya dan mungkin sebab bola jarang diterima Robin van Persie atau Wayne Rooney menyebabkan peluang jaringan itu kurang. Anda boleh bermain bola sepak dengan banyak cara.
Sementara itu, Moyes sudah bersiap sedia menawarkan tawaran baru bernilai 25 juta pound (RM129.62 juta) ke atas bekas pemainnya dari Everton, Marouane Fellaini dalam tempoh 24 jam ini. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan