Shah
Alam: Jurulatih Johor Darul Takzim (JDT), Azmi Mohamad menyifatkan
kekalahan mengejut pasukannya kepada PKNS 2-0 dalam perlawanan pembukaan
Kumpulan B saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi
disebabkan ada di kalangan pemain bimbingannya yang tidak jujur dan
beraksi tidak sepenuh hati.
“Dari awal saya sudah mengingatkan tentang betapa pentingnya
fokus terutama dalam mengawal Patrick Ronaldinho. Tapi ada sebahagian
pemain terutama di posisi pertahanan yang cuai dalam menjalankan
tanggungjawab mereka dan kelemahan ini diambil kesempatan oleh PKNS FC.
“Secara keseluruhan, ada sebahagian pemain yang masih tidak fokus dan tidak jujur dalam pasukan. Sebab itulah kita tidak dapat mencapai kemenangan pada perlawanan ini,” katanya sejurus selepas perlawanan itu yang sudah pasti memberi tamparan kepada dirinya selepas mengambil alih jawatan itu daripada Fandi Ahmad.
Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan