KOTA BHARU - Tonggak pertahanan The Red Warriors
yang disyaki gagal ujian dadah selepas final Piala FA, Jun lalu
menafikan telah mengambil bahan terlarang yang menyebabkan dia gagal
dalam ujian doping.
Pemain tersebut yang enggan mendedahkan identitinya berkata, dia
hanya mengambil makanan tambahan sebelum perlawanan tersebut dan sama
sekali tidak menyangka ia mengandungi 'dadah terlarang'.
"Bila ujian dilakukan, hasilnya positif dan perkara itu amat mengejutkan saya.
"Saya sama sekali tidak menyangka makanan tambahan yang diambil mengandungi bahan terlarang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Menurutnya, sebaik sahaja didapati positif bahan tersebut Persatuan
Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengarahkan dia berehat selama enam bulan
dari menjalani latihan bersama The Red Warriors.
Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, seorang pemain pertahanan
Kelantan disebut-sebut sebagai antara yang disyaki gagal ujian doping
selepas perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim
di Stadium Nasional Bukit Jalil, 29 Jun lalu.
Mengikut sumber, pemain itu tidak lagi menghadiri latihan bersama
skuad Kelantan sejak sebulan lalu iaitu pada Ramadan ekoran digantung
oleh KAFA (KAFA).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan