KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak
berharap kerjasama yang dijalin antara Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA)
dan pasukan Liga Perdana Inggeris, Cardiff City FC baru-baru ini akan
mengukuhkan pembangunan sukan bola sepak negara.
"Saya berharap agar usahasama bagi Kedah FA dan Cardiff City FC akan
mengukuhkan pembangunan sukan bola sepak negara," kata Perdana Menteri
dalam twitter beliau semalam.
Dua hari lepas, KFA dan Cardiff City FC memeterai memorandum
persefahaman bagi menjalin kerjasama dalam usaha meningkatkan prestasi
pasukan bola sepak negeri dan pengurusannya.
Kerjasama tersebut disifatkan sebagai satu sejarah bagi bola sepak
Kedah kerana menjalinkan usahama dengan Cardiff, yang dinaikkan ke
saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Pada majlis menandatangani memorandum tersebut di Alor Setar, KFA
diwakili Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat KFA Aminuddin Omar
manakala Cardiff City FC diwakili Pengarahnya Datuk Lye Ek Seang.
Kerjasama yang meliputi aspek kemahiran pemain, kejurulatihan dan
pengurusan kelab itu diharap memberi lembaran baharu bola sepak Kedah
yang kempunan sebarang trofi sejak muncul juara treble lima tahun lalu.
Usahasama itu turut melibatkan cadangan penubuhan akademi bola sepak,
berkemungkinan di Sungai Petani bagi membangunkan sukan itu peringkat
akar umbi yang mampu memberi manfaat kepada pemain muda sekitar utara.
Menteri Besar Kedah yang juga Presiden KFA, Datuk Mukhriz Mahathir
yang hadir pada majlis tersebut berkata, pengalaman pemilik Cardiff, Tan
Sri Vincent Tan dalam menguruskan pasukan bola sepak akan digunakan
bagi meningkatkan lagi pengurusan KFA.
Kerjasama itu diharapkan dapat menyuntik semangat pemain skuad Kenari
yang akan memulakan kempen Piala Ma laysia menentang juara Liga Super,
Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura 20 Ogos ini.
Pada majlis itu, Vincent yang ju ga Pengerusi dan Ketua Eksekutif
Kumpulan Berjaya turut menyam paikan sumbangan peribadi berjumlah RM2
juta kepada KFA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan