|
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman penggantungan
dua tahun ke atas pemain Kelantan, Zamri Ramli yang gagal dalam ujian
doping pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, 29 Jun
lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak
memberitahu, Zamri didapati positif mengambil bahan terlarang iaitu
dadah jenis methamphetamine.
“Pemain itu (Zamri) positif dadah jenis methamphetamine berdasarkan
laporan yang dibuat oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) di India.
“Dia mengaku salah atas kesalahan mengambil bahan terlarang oleh FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) dan WADA.
“Selepas membuat pertimbangan dari aspek latar belakangnya,
Jawatankuasa Tatatertib FAM menjatuhkan hukuman penggantungan dua tahun
terhadap pemain itu yang mana dia tidak akan dibenarkan menyertai
mana-mana aktiviti bola sepak di bawah kelolaan FAM dalam tempoh itu,”
kata Taufek kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana
Jaya semalam.
Taufek memberitahu, Zamri dibenarkan mengemukakan rayuan memandangkan hukuman tersebut adalah minimum.
“Harus diingat, Zamri dan KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) masih boleh mengemukakan rayuan.
“Buat masa ini, hukuman itu ditangguhkan sementara bagi memberikan peluang dan ruang kepada Zamri dan KAFA untuk membuat rayuan.
“Zamri harus mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari sebaik sahaja FAM mengeluarkan surat (pertuduhan),” tambah Taufek.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Zamri yang enggan mendedahkan
identitinya, mengaku tidak bersalah selepas gagal dalam ujian doping
tersebut.
Sebaliknya, dia mendakawa hanya mengambil supplemen tambahan tanpa merujuk pegawai perubatan KAFA.
Dalam pada itu, Taufek memaklumkan bahawa Persatuan Bola Sepak Negeri
Johor (PBNJ) didenda RM40,000 atas kesalahan gagal menyediakan kawalan
keselamatan ketika Johor Darul Takzim (Johor DT) menentang Selangor di
Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 6 Julai lalu.
Ia gara-gara penyokong skuad Harimau Selatan itu yang didapati
bersalah membakar suar dan membuang resit putih pada aksi Liga Super
itu.
“Johor Johor DT mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut. Mereka
didapati gagal menyediakan anggota keselamatan yang mencukupi.
“Pihak FAM sememangnya memandang serius dalam soal keselamatan terutama membabitkan jumlah penonton yang ramai.
“Begitupun, mereka (PBNJ) dibenarkan membuatkan rayuan untuk hukuman tersebut,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan