LOS ANGELES 3 Jan. - Aktres dan penari 
profesional, Julianne Hough (gambar), mengaku mengalami 'penderaan' 
ketika zaman kanak-kanak dan tidak bebas seperti mereka yang seusia 
dengannya.
Bintang yang sedang menjalin hubungan dengan pengacara, Ryan Seacrest
 itu berkata, 'penderaan' tersebut berlaku sejak dia berusia 10 tahun, 
apabila terpaksa berjauhan daripada keluarga dan tinggal di London untuk
 mempelajari tarian secara profesional.
"Saya didera secara mental, fizikal dan emosi," katanya dalam majalah Cosmopolitan edisi Februari yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.
Menurutnya, pada usia 10 tahun, dia sudah melakukan kerja keras 
seperti wanita berusia 28 tahun dan terpaksa menari dengan sepenuh hati.
"Saya menjadi kanak-kanak yang sangat terseksa kerana terpaksa 
berpura-pura gembira dan bahagia dengan tarian, hanya kerana itu kerjaya
 dan kehidupan saya.
"Namun, hati saya tetap sama dan saya masih seorang kanak-kanak 
perempuan yang tidak tahu apa-apa. Saya hanya mahukan kasih sayang," 
katanya. - AGENSI
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan