KENDALL JENNER
LOS ANGELES - Bintang siri realiti televisyen, Kendall Jenner
mengakui dia sedih kerana sering berasa terpinggir apabila berkumpul
bersama keluarganya.
Jenner yang juga merupakan adik tiri kepada Kim Kardashian itu
berkata, dia sering ketinggalan mengikuti aktiviti yang dilakukan oleh
keluarganya.
"Ketika bercuti di pulau Mykonos di Greece baru-baru ini, saya seperti dipinggirkan oleh ahli keluarga sendiri.
"Mereka tidak mengajak saya melakukan aktiviti bersama-sama. Perkara ini amat menyedihkan saya," katanya.
Bintang berusia 17 tahun itu membuat pendedahan tersebut dalam satu daripada episod terbaharu rancangan Keeping Up With the Kardashians.
Bagaimanapun, perkara itu disangkal oleh seorang daripada kakak tirinya, iaitu Khloe Kardashian.
"Kendall membuat pendedahan bahawa dia sering dipinggirkan dan kami tidak rasa bahawa kami melakukan perkara itu terhadapnya.
"Jika dia ingin menghabiskan masa bersama kami, kami amat mengalu-alukannya," ujarnya. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan