LONDON - Pengurus Tottenham, Andre Villas-Boas
tidak mahu lagi mengulas mengenai masa depan Gareth Bale, yang dikatakan
akan mencatat rekod perpindahan termahal di dunia ke Real Madrid
sebelum tarikh akhir perpindahan pemain 2 September ini.
Bale mengalami kecederaan kaki dan sekali lagi tidak dapat beraksi
ketika pasukannya seri 1-1 dengan Espanyol dalam aksi persahabatan di
White Hart Lane kelmarin, di mana pemain baharu Roberto Soldado membuat
kemunculan sulung dengan jaringan hasil sepakan penalti.
"Satu-satunya perkara yang boleh saya katakan mengenai Bale ialah
saya tidak akan mengulas apa-apa lagi kerana semua orang membuat banyak
spekulasi.
"Terbanyak pelbagai cerita yang berbeza yang mana ia tidak benar,
ramai yang mengadakan-adakan cerita tanpa mengetahui apa yang sebenarnya
berlaku.
"Apa yang boleh saya katakan ialah Bale sedang menjalani rawatan kerana kecederaan kaki.
"Mengenai spekulasi, saya tidak mahu menambahkan lagi apa yang telah saya beritahu anda," kata Villas-Boas.
Spurs meningkatkan kekuatan skuad dengan memecahkan rekod kelab
dengan membeli Soldado dari Valencia pada harga 26 juta pound (RM131.2
juta).
Soldado berkata: "Apa yang seorang penyerang mahukan ialah
menjaringkan gol, saya harap ini adalah yang pertama dan akan lebih
banyak gol menyusul selepas ini."
Tottenham akan membuka kempen Liga Perdana Inggeris menentang pendatang baru Crystal Palace pada 18 Ogos. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan