Kuantan: Kira-kira 90 peratus pemain Pahang, termasuk Mohd Amirul
Hadi Zainal, Azidan Sarudin, Hafiz Roslan dan Shahrizan Salleh akan
kekal bersama skuad Tok Gajah dalam usaha mengekalkan kejuaraan Piala
Malaysia, musim depan.
“Apa pun masa depan tonggak import, Matias Conti dan Damian Stewart masih belum diputuskan kerana mereka kini masih bercuti di negara masing-masing,” kata ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh.
“Apa pun masa depan tonggak import, Matias Conti dan Damian Stewart masih belum diputuskan kerana mereka kini masih bercuti di negara masing-masing,” kata ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh.
BH Sukan sebelum ini melaporkan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri
Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta Mohd Amirul Hadi
memberi penjelasan sama ada akan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) atau
Pahang pada musim depan.
Ini berikutan pemain tengah itu dan keluarganya ada menghubungi PBNJ sebelum ini dengan menyatakan hasrat untuk bermain untuk JDT, musim depan.
Satu lagi import
Bagaimanapun, selepas Pahang menjuarai Piala Malaysia, Mohd Amirul Hadi dilaporkan sudah menandatangani lanjutan kontrak dengan Pahang.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai masa depan Mohd Amirul Hadi bersama Pahang, Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Fuzeimi Ibrahim, berkata PBNP belum membuat sebarang keputusan berhubung kedudukan pemain yang akan menyarung jersi skuad itu.
“Setakat ini, segala urusan berkaitan pemain masih lagi dalam perbincangan termasuk menyenaraikan seorang lagi pemain import untuk skuad itu musim depan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, desas-desus yang mengatakan penyerang import Kelantan, Dickson Nwakaeme akan menyertai skuad Pahang juga di luar pengetahuannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan