|
HATI gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi pasti terguris selepas
mendapat tahu dia terlepas peluang untuk mempertahankan pingat perak
yang dimenangi pada Sukan SEA 2011 di Indonesia.
Kekecewaan jelas bukan selepas apabila tuan rumah Sukan SEA 2013, Myanmar membuat untuk keputusan menggugurkan acara tersebut.
Ia bukan kali pertama Farah Ann, 19, berdepan situasi seperti
tersebut selepas acara itu turut digugurkan pada temasya 2009 di
Vientiane, Laos.
"Sudah tentu saya begitu kecewa apabila gagal mempertahankan pingat
perak semata-mata kerana acara itu digugurkan dan bukannya gara-gara
faktor kecederaan.
"Pada mulanya, impian kami kembali mekar apabila dimaklumkan acara
itu tetap dipertandingkan pada awal tahun ini, namun kecewa apabila tuan
rumah mengumumkan acara itu digugurkan pada Mei lalu," katanya.
Farah Ann kini mencari penawar duka dan kembali fokus bagi menghadapi
temasya yang lebih besar tahun depan iaitu Sukan Asia di Korea Selatan
dan Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland.
"Buat masa ini, saya menjalani latihan seperti biasa menjelang
temasya Sukan Perpaduan Islam di Riau yang dijangka bermula Oktober
depan.
"Jika tiada aral melintang, saya berkemungkinan akan kembali
menyertai temasya Sukan SEA 2015 di Singapura selepas mengharungi Sukan
Asia dan Komanwel tahun depan.
"Sudah tentu saya memasang impian memburu pingat pada Sukan Asia dan
Komanwel 2014 tetapi buat masa ini masih terlalu awal bagi menentukan
warna kilauan pingat," katanya optimis.
Farah Ann yang meraih keputusan cemerlang 5A dan 5B dalam Sijil
Pelajaran Malaysia 2011 itu turut mengumpul sembilan emas, empat perak
serta empat gangsa sepanjang penglibatannya pada temasya Sukan Malaysia
(Sukma) sejak 2004.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan