TERENGGANU akan menguji lima awang import bagi mengisi dua lagi slot
pemain import skuad Penyu itu menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M)
2014.
Bagi menghadapi kempen musim depan, Terengganu mengekalkan pemain
import dari Cameroon, Vincent Bikana manakala kontrak rakan senegaranya,
Jean-Emmanuel Effa Owona tidak disambung.
Dalam sesi ujian dari 16 hingga 21 November ini, pengurus Terengganu,
Marzuki Sulong berkata, dua daripada lima pemain import berkenaan
adalah dari Jepun manakala masing-masing seorang dari Argentina, Brazil
dan Croatia.
Beliau berkata, Terengganu akan mempercepatkan proses pencarian
pemain import berikutan tarikh pendaftaran pemain untuk musim depan
tamat pada 4 Disember depan.
"Jadi kita punya sasaran 30 November ini untuk melengkapkan senarai 25 pemain," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Beliau berkata, setakat ini seramai 21 pemain tempatan disenaraikan
dalam skuad Peteh itu dengan tiga daripada mereka bukan anak Terengganu.
"Pemain bukan dari Terengganu yang bakal mewakili Terengganu musim
depan adalah bekas pemain Kelantan dan Selangor PKNS," jelasnya.
Marzuki berkata, terdapat dua lagi kekosongan yang akan diisi
kemudian jika ada pemain-pemain berstatus bintang tidak berada dalam
skuad.
"Kita telah sediakan pemain daripada skuad Piala Presiden untuk
mengisi kekosongan sekiranya pemain bintang tidak datang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan