Ihsan:http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com/2011/11/dakwah-seorang-pemain-bola-sepak.html
Iktibar daripada dakwah ala Kanoute
TATKALA bola sepak Malaysia gempar lagi dengan skandal rasuah yang menimbulkan
syak wasangka masyarakat terhadap pengamal sukan itu, penulis mahu
mengajak pembaca dan peminat merenung seketika kerjaya dan kehidupan penyerang Seville, Frederic Oumar Kanoute.
Secara kebetulan, penulis berkesempatan beramah mesra dengan Kanoute dalam
Masjidil Haram, baru-baru ini. Biarpun pertemuan itu hanya seketika, ia
membawa makna yang cukup mendalam buat penulis.
Mengambil kesempatan daripada cuti musim panas, bekas penyerang Spurs dan West
Ham itu menunai ibadah umrah bersama seorang sahabat.
Lahir di Lyon, Perancis tetapi memilih untuk menyarung jersi negara asal
datuk neneknya, Kanoute adalah contoh seorang atlet yang melawan arus
atas dasar prinsip dan iman. Tidak syak lagi pemain berusia 34 tahun itu
bangga menjadi seorang Muslim. Hakikat ini acapkali dimanifestasi
menerusi tindakannya sama ada ketika menjadi tontonan dalam mahupun
luar padang.
Sebagaimana ramai penganut agama Islam yang mencari rezeki di Eropah, Kanoute
bergelut dengan budaya dan kebiasaan yang banyak bertentangan dengan
prinsip hidup seorang Muslim.
Apalagi dalam dunia bola sepak, satu bidang paling popular, glamor, bergaya dan
mewah hingga memberi ruang kepada kebebasan duniawi. Persekitaran dan
eko-sistemnya boleh membuat orang lupa akan nilai-nilai agama.
Kanoute mendirikan solat di dalam bilik persalinan sudah jadi satu senario
biasa di Seville. Tindakannya menunaikan solat setiap kali masuk waktu
biarpun ketika latihan pada awalnya sukar difahami jurulatih dan
rakan-rakan sepasukannya namun akhirnya mereka akur dengan tuntutan
agama dan komitmen Kanoute.
Uniknya Kanoute cekal menzahirkan iman di bumi yang majoritinya bukan Islam
tetapi satu ketika dahulu dikenali sebagai Al-Andalus, pusat
pemerintahan kegemilangan Islam.
Berdakwah dengan caranya tersendiri, Kanoute berkongsi rasa perihatin dan
simpatinya terhadap saudara seiman dan ribuan rakyat Palestin yang
syahid di Gaza, dengan menyelak jersinya untuk memperlihatkan baju dalam
yang bertuliskan “Palestina” ketika meraikan jaringan.
Perkataan Palestina itu ditulis juga dalam beberapa bahasa lain. Itu dia lakukan
dalam pertemuan La Liga di antara Sevilla dan Deportivo La Coruna pada
Januari 2009. Kad kuning, disusuli denda 3,000 euro dan penggantungan
bukanlah sesuatu yang besar dibanding nilai manifestasi satu kecintaan.
Baju itu kemudian dijual menerusi ebay dengan harga 205 pound dan
diderma kepada sebuah pertubuhan amal di Gaza.
Tindakan itu hadir daripada seorang individu yang menginfakkan gaji tahunannya
berjumlah AS$700,000 bagi memastikan masjid terakhir di Seville tidak
dijual pada 2007, serta tidak menjadikan Ramadan alasan longlai, bahkan
muncul penjaring terbanyak dengan 20 gol pada satu ketika.
Juga bukan mengejutkan daripada seorang individu yang enggan memakai jersi
tertera nama penaja Seville, sebuah syarikat judi atas talian, hingga
kelab itu bersetuju menyumbang kepada pusat kebajikan Islam, sedangkan
ramai anak muda Islam di Malaysia yang tidak segan silu menyarung jersi
yang menayang nama pengeluar arak dan syarikat judi lain.
Kanoute yang turut mendirikan yayasan anak-anak yatim di tanah air moyangnya di
Mali, harus mengingatkan kita mengenai iman yang wujud dalam pelbagai
bentuk. Manifestasi utama iman adalah amal.
Di saat pemain bola sepak negara disyaki terbabit dalam gejala rasuah,
amalan paling minimum yang dituntut ialah keikhlasan dan kejujuran tanpa
perlu berkorban wang ringgit untuk membeli masjid.
Yang diminta peminat ialah pemain kita berjihad menolak godaan, melawan gejolak nafsu dan tidak rakus mengejar duniawi.
Salam hormat,
Rizal.Sumber
Mari Berkenalan dengannya
Maklumat kelabKelab senior 1Pasukan kebangsaan
Nama penuh | Frédéric Kanouté | |
Tarikh lahir | 2 September 1977 (umur 33) | |
Tempat lahir | Sainte-Foy-lès-Lyon, Perancis | |
Ketinggian | 1.92 m (6 ka 35⁄8 in) | |
Posisi | Penyerang | |
Kelab semasa | Sevilla | |
Nombor | 12 | |
Tahun | Kelab | App (Gol)* |
1997–2000 2000 2000–2003 2003–2005 2005– | Olympique Lyon → West Ham United (pinjaman) West Ham United Tottenham Hotspur Sevilla | 40 (9) 8 (2) 76 (27) 60 (14) 101 (47) |
1998 2004– | Perancis B21 Mali | 1 (0) 18 ( |
PERSONALITI
Frédéric Kanouté telah menyumbangkan wang $700.000 untuk membeli Masjid yang akan dirobohkan di Sepanyol, disebabkan penurunan jumlah pemeluk dan penduduk Islam di Sepanyol.
"Jika tidak ada Kanoute, kami tidak akan beribadah pada hari Jumaat lagi, di
mana itu adalah hari yang suci bagi umat Islam," tegas wakil dari
komuniti Islam Sepanyol, sesaat setelah Kanoute membeli Masjid tersebut,
seperti dilaporkan oleh AFP.
Frédéric telah pun berkahwin dengan gadis pilihannya yang bernama Fatima
dan telah dikurniakan dua orang anak, Ibrahim dan Imam.
Penghargaan
Perseorangan
- Pemain Terbaik Afrika - 2007
- Piala UEFA - 2006
- Piala Super Eropa - 2007
- Piala UEFA - 2007
- Piala Raja - 2007
- Piala Super Sepanyol - 2007
Siapa kata ‘Practising Muslim’ tak boleh berjaya dalam arena
bolasepak?
Frederick Kanoute adalah salah seorang contoh
terbaik yang patut diikuti oleh kita. Semoga kita dapat
melihat lebih ramai Muslim yang berjaya dalam arena sukan
antarabangsa seperti Frederick kanoute, InsyaAllah
http://kakibola.forumado.net/t826-dakwah-seorang-pemain-bola-sepak-frederic-oumar-kanoute
Tiada ulasan:
Catat Ulasan