|
BINTANG siri TV Gossip Girl, Blake Lively, ternyata begitu kagum
dengan penampilan penyanyi Beyonce Knowles ketika membuat pertunjukan
pada separuh masa Kejohanan Super Bowl 2013 pada Ahad lalu.
Secara bergurau, dia mengatakan mahu penyanyi itu menjadi ibu angkat kepada anak-anaknya nanti.
Dia memberitahu E! News: "Oh Tuhan! Saya mahukan Beyonce menjadi ibu
angkat kepada anak-anak saya. Dia sangat menakjubkan. Tiada perkataan
yang dapat menggambarkan betapa hebatnya dia."
Blake, 26, ternyata sangat kagum dengan vokal dan gerak tari Beyonce terutama semasa beraksi dalam persembahan konsertnya.
Tambahnya: "Dia (Beyonce) menyanyi dan menari tanpa memerlukan
perkara lain. Maksud saya, terdapat pencahayaan yang menarik dan pentas
yang hebat tetapi ia hebat kerana Beyonce. Dia benar-benar hebat."
Pada pertunjukan tersebut, Beyonce tidak hanya mengadakan persembahan
seorang diri sebaliknya ditemani dua lagi anggota Destiny's Child iaitu
Kelly Rowland dan Michelle Williams.
-Kosmo-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan