KEHADIRAN pasangan ini di dalam dunia hiburan sememangnya mendapat
reaksi yang sangat positif malah dalam masa yang sama turut membuka
ruang kepada mereka dalam mencuba pelbagai peluang di dalam industri
seni ketika ini.
Jika ditanya kepada peminat mereka, tidak ada perkara yang lebih
comel selain dapat melihat Scha Alyahya dan juga Awal Ashaari
bergandingan bersama di dalam sebarang apa rancangan pun.
Namun dalam masa yang sama, Awal kelihatan lebih menonjol daripada
Scha melalui bidang pengacaraan dan kini isteri tercintanya itu turut
mendapat tempat untuk mengacarakan Muzik Muzik 28.
Adakah perkara ini merupakan kebetulan atau pun Scha sendiri yang
mempergunakan Awal bagi mendapatkan apa yang diimpikannya selama ini?
Jawapannya pastilah tidak kerana permintaan terhadap pasangan ini setelah berkahwin memang banyak.
Menurut Scha mereka kini bagaikan satu pakej lengkap dan kebiasaannya mereka sering mendapat peluang untuk muncul bersama.
"Kalau nak diikutkan, kami memang suka dapat kerja bersama-sama. Kami tidak ada masalah pun jika mahu digandingkan bersama.
"Jika ada penggambaran untuk iklan televisyen yang memerlukan kami
kelihatan intim, ia sememangnya sangat mudah dan saya pun berasa selesa.
"Namun dalam masa yang sama, kami perlu ingat bahawa kami perlu ada
perwatakan masing-masing yang tersendiri," kata Scha bersungguh.
Bebas memilih
Selain berpeluang menjadi pengacara, kini Scha dalam masa yang sama
turut mampu untuk terbang bebas tanpa sebarang ikatan atau menjadi hak
eksklusif pihak Astro.
"Setelah bebas daripada menjadi hak eksklusif Astro pada tahun lepas,
kini saya lebih bebas untuk berkarya atau memilih watak dalam drama
yang ditawarkan.
"Untuk tahun ini sahaja, jadual saya telah penuh sehingga ke hujung
tahun. Jika ada mana-mana penggambaran, memang kena lepaskan juga sehari
untuk beri ruang kepada Muzik Muzik 28 ini.
"Alhamdulillah sehingga kini semuanya berjalan lancar malah Awal sememangnya memahami kerjaya saya.
"Cuma kadang-kala kami perlu mencari masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama-sama.
"Selain itu, sebarang keputusan saya di dalam bidang lakonan dan juga
pengacaraan, Awal serahkan kepada saya sepenuhnya," jelasnya sebelum
menutup bicara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan