DESAS-desus mengenai kelibat seorang lagi pemain muda berbakat yang
berkelana menimba ilmu di Portugal, Ahmad Fakri Saarani akan kembali
mewarnai liga bola sepak tempatan, akhirnya menjadi kenyataan apabila
dia kini sah menjadi milik gergasi Pantai Timur, Kelantan.
Selepas Nazmi Faiz Mansor, 19, yang beraksi untuk S.C. Beira-Mar,
kini tiba giliran pemain kebangsaan berusia 24 tahun yang merupakan anak
kelahiran Kota Bharu itu.
Sebelum ini Fakri mengikat kontrak selama enam bulan bersama kelab
Divisyen Tiga Portugal Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico SC).
Pengesahan berita tersebut disampaikan sendiri oleh Presiden
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa melalui laman
sosial Facebook beliau semalam, dan ia pastinya memberi- kan khabar
gembira kepada para peminat The Red Warriors.
Menurut Annuar, pihaknya telah menyelesaikan segala urusan melibatkan
kontrak pemain berkenaan, termasuk perbincangan dengan kelab dari
Portugal tersebut yang berjaya dimuktamadkan kelmarin.
Ia bermakna, Kelantan berjaya membawa pemain berkenaan ke Kota Bharu.
“Semuanya telah selesai melalui wakil kedua-dua pihak di Portugal.
Kehadiran Fakri akan memperkasakan lagi jentera serangan The Red
Warriors yang kini turut memiliki Dimitrios Petrators dan Dickson
Nwakaemi.
“Fakri dijangka pulang ke tanah air Mac ini, sebaik sahaja tamat liga di Portugal,” kata Annuar melalui laman sosial tersebut.
Beliau yang dihubungi kemudiannya memberitahu, Ahmad Fakri
menandatangani kontrak bersama Kelantan selama setahun dengan pilihan
lanjutan kontrak selama setahun lagi.
Sebuah akhbar semalam melaporkan, pengurus peribadi pemain tersebut,
Faisal Zakariah membayangkan bahawa pemain di bawah jagaannya itu
mungkin kembali beraksi dalam liga tempatan jika kelab yang diwakilinya
gagal naik ke divisyen dua.
Kosmo! dalam laporan sebelum ini juga menyiarkan khabar angin tentang
kemungkinan pemain muda berbakat itu akan pulang beraksi dalam liga
tempatan dan memilih Kelantan sebagai pasukan baharu yang ingin diwakili
bagi mengembangkan kariernya.
Annuar dalam pada itu turut menjelaskan, Ahmad Fakri menepati
beberapa kriteria diperlukan oleh The Red Warriors, iaitu bermain untuk
pasukan kebangsaan dan berada di posisi penyerang yang mana Kelantan
kini memerlukan seorang penyerang berkesan untuk menyelesaikan masalah
jentera hadapan mereka.
Untuk rekod, Ahmad Fakri memulakan kerjaya selaku pemain bola sepak
dengan menyertai skuad Piala Presiden Perak pada tahun 2006 sebelum
menyertai pasukan senior selama dua musim (2007 hingga 2008).
Bintang Ahmad Fakri terus bersinar apabila dia kemudiannya dipanggil menyertai skuad
Harimau Muda A pada musim 2008 hingga 2009.
Selain itu, dia juga pernah beraksi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan