MADRID - Sepakan penalti yang disempurnakan penyerang Argentina,
Lionel Messi berjaya menyelamatkan maruah Barcelona yang seri 1-1 dengan
Valencia dalam saingan Liga Sepanyol awal pagi semalam.
Messi berjaya melebarkan rekod jaringannya kepada 12 perlawanan di
Stadium Mestalla apabila sepakan penalti yang disempurnakannya pada
minit ke-39 berjaya memadam gol pendahuluan Valencia.
Enam minit sebelum itu, Valencia ber- jaya di depan hasil jaringan Ever Banega.
Prestasi hambar Barcelona awal pagi semalam adalah kesan daripada
keputusan seri 1-1 ketika mereka menentang Real Madrid pada aksi separuh
akhir Piala Raja-Raja Sepanyol.
Penolong jurulatih Barcelona, Jordi Roura turut mengakui bahawa anak- anak buahnya tidak beraksi pada tahap sebenar mereka.
"Memang benar bahawa kami menghadapi perlawanan hari ini (awal pagi semalam) selepas mengalami perlawanan sukar sebelum ini.
"Pada babak pertama, sukar untuk kami menyesuaikan diri dengan corak permainan tetapi berjaya memperbai- kinya selepas itu.
"Kami hadir dengan matlamat untuk mengutip tiga mata penuh tetapi
kami beraksi di stadium yang sukar untuk kami melakar kemenangan.
Keputusan seri boleh dianggap keputusan yang adil bagi kami.
"Pada babak kedua, kami bermain lebih baik dan memiliki tiga atau
empat peluang bagi menjaringkan gol tetapi pemain mensia-siakannya,"
kata Roura.
Meskipun sekadar seri, skuad The Catalan terus unggul di takhta liga dengan mengumpul 59 mata, sembilan mata meninggalkan Atletico Madrid di tangga kedua.
Sementara itu, Atletico terus memberi tekanan kepada Barcelona dalam
misi memburu kejuaraan liga musim ini apabila melakar kemenangan tipis
1-0 ke atas Real Betis.
Sevilla turut mengutip tiga mata awal pagi semalam apabila menewaskan
Rayo Vallecano 2-1 manakala Mallorca tewas 0-3 di tangan Sociedad
manakala Malaga sei 1-1 dengan Real Zaragoza.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan