Sabtu, 9 Februari 2013

Zarina Anjoulie, rakan didakwa lagi

PETALING JAYA 8 Feb. - Pelakon dan model kontroversi, Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas atas tuduhan positif dadah jenis methampetamine, Disember tahun lalu.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, yang dituduh berasingan bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nazri Omran dan minta dibicarakan atas tuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan dadah jenis methampetamine ke dalam badannya, di Pejabat Narkotik Damansara, dekat sini, pada pukul 8.10 malam pada 30 Disember 2012.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan