LONDON – Pengendali sementara Chelsea, Rafael Benitez bakal dikecam
peminat fanatik skuad The Blues selepas mengakui anak-anak buahnya
melalui musim yang memberangsangkan.
Benitez mengeluarkan kenyataan itu selepas mengecewakan Manchester
United 1-0 hasil jaringan tunggal Demba Ba pada aksi ulangan suku akhir
Piala FA di Stamford Bridge kelmarin.
Kejayaan itu mencerahkan peluang mereka untuk mempertahankan trofi
yang di- menangi musim lalu selepas sukar menyaingi kehebatan United
dalam kempen Liga Perdana England selain ditunjukkan jalan keluar pada
Liga Juara-Juara.
Selain Piala FA, skuad The Blues turut berpeluang merangkul trofi
Liga Europa apabila bakal berdepan Rubin Kazan pada aksi suku akhir
pertama di Moscow, Jumaat ini.
“Kami masih berada dalam kelompok empat pasukan terbaik liga selain
mara ke suku akhir Piala Europa dan separuh akhir Piala FA, jadi ia
masih musim yang hebat buat kami.
“Ketika ini, keutamaan saya adalah memastikan Chelsea menamatkan
saingan liga di tempat keempat, selain memburu bonus menjulang kedua-dua
trofi tersebut,” kata Benitez.
Terdahulu, Benitez dikecam hebat majoriti penyokong fanatik skuad The
Blues apabila sekadar mempertaruhkan skuad kedua ketika tumpas 1-2
kepada Southamp- ton sebelum berdepan United.
Namun, Benitez mempertahankan tindakannya itu sebaik berjaya mengecewakan United kelmarin.
“Kami hanya memiliki 48 jam dan tidak mempunyai pasukan yang benar-benar kuat untuk kedua-dua perlawanan itu.
“Ia sesuatu yang mustahil menggunakan pemain yang sama dalam
kedua-dua perlawanan itu kerana masanya cukup singkat,” jelas Benitez.
Benitez turut memuji impak yang dicetuskan Ba dan Petr Cech yang beraksi cemerlang kelmarin. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan