MENJADI seorang ibu memang satu amanah terbaik bagi setiap wanita yang bergelar isteri.
Meskipun bukan senang untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan
dalam masa yang sama sebagai ibu, ia tetap menjadi satu kerjaya yang
indah dan penuh dengan kemanisan.
Tugas seorang isteri ialah melayan keperluan asas suami manakala
sebagai ibu pula melayan kerenah anak dan keperluan mereka. Tambah berat
apabila seseorang itu adalah wanita bekerjaya yang sentiasa sibuk
dengan kerja dan lain-lain.
Begitu juga dengan aktres serba boleh, Sazzy Falak atau Sazlini
Shamsul Falak, walaupun sibuk dengan kerjayanya yang padat masih mampu
meluangkan masa berkualiti bersama anak kembarnya.
Kalau hendak kata tidak penat, memang tipulah. Memang saya penat
apatah lagi dengan kerja yang padat dan anak kembar lagi, kerja menjadi
tambah berganda.
Kalau biasa semua orang anak satu, tapi saya dua, jadi semua kerja
menguruskan anak perlu ditambah. Saya kena buat kerja untuk dua
kanak-kanak sekaligus dalam satu masa.
Tetapi, dalam sibuk melakukan kerja, saya tetap gembira dengan apa
yang dilakukan. Bila kita gembira, rasa penat akan hilang serta merta,"
katanya.
Jelasnya lagi, dia sentiasa menitikberatkan masa berkualiti bersama
dengan keluarga dan akan melakukan yang terbaik untuk tidak mengecewakan
sesiapa.
Bukan bermakna saya ini sebagai seorang ibu yang baik dan mampu memenuhi segalanya-galanya, tidak.
Tapi saya cuba melakukan yang terbaik dalam tugas seharian. Lagipun
pejabat saya di rumah, jadi kebanyakan masa saya memang ada di rumah,
tak banyak masalah sangat.
Cuma bila berada di rumah itu, saya kena bangun pukul empat pagi
untuk uruskan hal-hal perniagaan jenama baju saya ini," jelasnya.
Melayan kerenah anak kembarnya Imaan Lily dan Tiara Rose yang kini
sudah berusia dua tahun, hal menguruskan anak-anaknya semua diselesaikan
oleh Sazzy sendiri.
Buatkan sarapan, hantar pergi sekolah, ambil waktu balik sekolah, semua saya yang uruskan sendiri.
Kalau cakap pasal tekanan sebenarnya tiada pun, cuma bila kembar ini
mula buat perangai, itu yang macam tekanan sikit. Tapi mereka sangat
mendengar kata," ujarnya sambil ketawa kecil mengenang keletah si kecil.
Jelasnya lagi, apa yang dilakukan kini sebenarnya bukanlah untuk
dirinya, tetapi lebih kepada keluarganya. Membahagiakan keluarga adalah
agenda utamanya hari ini.
Kita bekerja keras hari ini pun demi untuk keluarga. Banyak yang
saya mahu bukan sahaja kepada keluarga, tetapi juga untuk kedua ibu
saya," jelasnya.
Ketika ditanya apa yang menjadi kekuatan untuk Sazzy bekerja dengan
kuat, cukup mudah jawapan yang diberi, tonik itu datang daripada
anak-anak dan suaminya, Nazril Idrus.
Mereka yang banyak memberi kekuatan kepada saya. Malah, kalau saya
penat, suami akan pantas memberi kata-kata semangat dan kami akan saling
pesan-memesan antara satu sama lain," katanya.
SF By Sazzy ke New York
Dalam kesibukan sebagai seorang ibu, Sazzy tidak lupa untuk terus
membangunkan jenama pakaiannya ke satu tahap yang membanggakan.
Malah, Sazzy yang boleh dikatakan sebagai seorang yang gila kerja telah membawa jenamanya itu ke peringkat antarabangsa.
Jelas Sazzy, jenama SF By Sazzy Falak telah dipilih untuk menyertai
Plitz New York Fashion Week di negara Uncle Sam pada Septemper depan.
Tambah Sazzy, mereka yang dijemput untuk ke pertunjukan fesyen itu
datang daripada seluruh dunia namun belum pasti siapa lagi yang dijemput
sebagai wakil dari tanah air.
Saya sebenarnya tidak tahu siapa lagi yang akan berada di sana
tetapi kemungkinan hanya saya seorang sahaja wakil dari Malaysia.
Sekarang ini saya dan pasukan saya sedang memberi fokus utama pada
pertunjukan fesyen itu dan kita akan cuba memperkenalkan batik yang
diberi nafas baru, sesuai dengan jenama pakaian saya," katanya.
Ditanya tentang perasaannya ketika dipilih untuk menyertai
pertunjukan fesyen itu, jelasnya, ia ibarat lembaran baru buat jenama
pakaiannya dan kerjayanya sebagai seorang pereka fesyen.
Saya memang tidak ada pengetahuan yang teratur dalam bidang fesyen.
Disebabkan minat, saya menceburi bidang ini dan membuka label sendiri.
Tambahan pula dengan terpilihnya jenama saya ke peringkat
antarabangsa, menguatkan lagi semangat saya untuk terus meletakkan
jenama SF By Sazzy Falak ke peringkat antarabangsa," jelasnya.
Beroperasi di dunia maya sahaja, Sazzy memberitahu dia juga teringin
untuk membuka sebuah butik dan sedang berkira-kira untuk memulakannya.
Membuka butik memang menjadi impian saya dan perancangan untuk ke arah itu sedang dijalankan.
Lagipun, kebanyakan pembeli masih gemar membeli secara konvensional
sebab mereka hendak melihat sendiri metarial dan kualiti barang itu
sebelum mereka membeli," ujarnya.dalam perbincangan dan fokusnya kini
adalah untuk pertunjukan fesyen di New York itu dahulu.
Keutamaan yang diberikan untuk jenama saya ketika ini adalah
pertunjukan fesyen dahulu. Selesai pertunjukan fesyen, saya bersama
pasukan saya akan memikirkan langkah seterusnya untuk membuka butik,"
katanya
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan