Rabu, 17 April 2013

Chicharito luah rasa kecewa


LONDON - Penyerang Manchester United, Javier Hernandez mendedahkan, dia kecewa kerana hanya diberikan beberapa peluang untuk beraksi bersama pendahulu Liga Perdana England itu pada musim ini.

Pemain Mexico itu hanya diberikan peranan selaku pemain utama sebanyak dua kali sahaja musim ini dan yang terbaharu ketika membantu Red Devils mencatat kemenangan 2-0 di Stoke City, Ahad lepas.

Sebaliknya, Hernandez yang terkenal dengan panggilan Chicharito lebih kerap diturunkan sebagai pemain gantian menyebabkan peranan menjaringkan gol didominasi Robin van Persie.

Ini sekali gus menimbulkan persoalan mengenai masa depannya di Old Trafford, meskipun pengurus pasukan, Alex Ferguson sering memuji penglibatannya pada musim ini.

Tidak menghairankan apabila Hernandez kini dikaitkan akan berhijrah ke Atletico Madrid untuk ditukarkan dengan Radamel Falcao.

"Ia sangat mengecewakan. Setiap pemain di dunia sangat berharap dapat diturunkan untuk memulakan perlawanan pada setiap minggu. Sudah tentu semua pemain mahukannya.

"Saya gembira dapat bersama kelab ini tetapi saya lebih suka jika kerap beraksi. Ia memberi peluang untuk saya melakukan yang terbaik.

"Saya menghormati Manchester United dan saya mahu beraksi dalam lebih banyak perlawanan," kata Hernandez. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan