JURULATIH Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan
mengingatkan anak-anak buahnya berhati-hati dengan setiap set piece yang
diperoleh Lions XII dalam pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia di
Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini
.
Menurut Sathianathan, set piece merupakan senjata utama Lions XII
selain keampuhan benteng pertahanan juara Liga Super itu yang dianggap
faktor penyumbang kejayaan mereka sebelum ini.
Pada masa sama, Sathianathan menuntut The Gladiators tampil dengan
corak menyerang jika mahu mengubah skrip keputusan aksi suku akhir
pertama yang menyaksikan Lions XII meraih kemenangan tipis 1-0.
“Seperti semua sedia maklum, Lions XII sangat bahaya jika mendapat
peluang menerusi set piece, sama ada sepakan percuma atau sepakan
penjuru
“Itu kelebihan mereka, situasi ‘bola mati’ menjadi kekuatan Lions XII
untuk menghasilkan gol dalam kebanyakan perlawanan sebelum ini.
“Saya juga melihat Lions XII sangat kental ketika bertahan. Barisan
pertahanan mereka amat berdisiplin dan jika mendahului lawan, mereka
pasti akan bertahan dengan baik.
“Jadi, saya sentiasa mengingatkan para pemain agar bermain
bersungguh-sungguh sepanjang perlawanan berlangsung,” kata Sathianathan
ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Dalam pada itu, Sathianathan memberitahu, beliau gembira apabila
kesemua pemainnya cergas serta bebas daripada penggantungan perlawanan.
Sathianathan sudah pasti menagih bisa penjaring terbanyak Liga Super
musim ini, Marlon Alex James sambil dibantu oleh kepakaran kapten,
Hairuddin Omar.
‘Arkitek’ ATM, Bruno Martelotto yang kurang cergas minggu lalu juga
diharap sudah kembali kepada prestasi sebenar dalam misi merencana
bahagian tengah The Gladiators.
Menyedari peluang ATM mara ke saingan separuh akhir masih ada,
Sathianathan optimis anak-anak buahnya mampu ‘melangsaikan’ misi mereka
malam ini.
“Saya yakin kami mampu mengatasi keputusan 1-0 itu dan kami akan turun dengan aksi menyerang habis-habisan.
“Saya sedar, Lions XII juga tidak akan duduk diam dan selesa dengan
kelebihan satu gol itu dan saya jangka mereka juga akan bermain dengan
corak serangan.
“Jadi mana-mana pasukan yang tidak melakukan kesilapan pasti akan menang,” kata Sathianathan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan