Ahad, 13 Oktober 2013

Ibrahimovic bawa Sweden ke pentas \playoff\


IBRAHIMOVIC menjaringkan gol pada minit-minit akhir untuk membantu Sweden menewaskan Austria 2-1 awal pagi semalam.


STOCKHOLM - Kapten Sweden, Zlatan Ibrahimovic muncul wira apabila menjaringkan gol pada minit-minit akhir untuk membantu menewaskan Austria 2-1 pada dalam aksi Kumpulan F kelayakan Piala Dunia 2014 awal pagi semalam.

Kemenangan itu cukup bermakna buat Sweden, sekali gus menjamin tempat ke perlawanan playoff selepas berada di tangga kedua kumpulan di belakang pendahulu, Jerman.

Penyerang Paris Saint Germain itu menerima hantaran cantik daripada Kim Kallstrom sebelum bijak mengawal bola untuk menyempurnakan jaringan ketika perlawanan berbaki empat minit.

"Sangat menakjubkan. Terlalu sukar untuk gambarkan perasaan saya. Kami hanya selangkah untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2014.

"Hanya kemenangan yang mampu kami hadiahkan buat peminat-peminat setia bagi membalas sokongan padu mereka hari ini (semalam)," kata Ibrahimovic.

Dalam pada itu, Ibrahomovic menjaringkan 10 daripada 14 gol yang diperoleh Sweden ketika bermain di stadium baharu mereka di Friends Arena.

Ibrahomovic berkata, kemenangan itu adalah hasil kerja keras seluruh pasukan dan bukan seorang diri.

Jerman menduduki tangga teratas dalam Kumpulan C selepas mengutip 25 mata, sekali gus mengesahkan slot ke Brazil tahun depan.

Sweden pula mengumpul 20 mata dan akan beraksi pada perlawanan playoff selepas Austria berada di tangga ketiga ketinggalan enam mata. - Reuters

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan