LONDON - Pengurus Manchester United, David Moyes menjelaskan bahawa
pengambilan pemain-pemain baharu pada jendela perpindahan Januari depan
masih belum berupaya untuk menyelamatkan prestasi hambar skuad
kendaliannya musim ini.
Biarpun memiliki dana untuk berbelanja besar musim ini, Moyes tetap gagal untuk mendapatkan pemain baharu yang mereka inginkan.
Namun, Moyes mendedahkan, beliau akan mengekal dan memberikan
perhatian dengan skuad sedia ada sekiranya beliau tidak berjaya untuk
mendapatkan pemain-pemain yang diidamkan sebaik jendela perpindahan
pemain dibuka Januari depan.
"Saya akan mengkaji sama ada mahu membeli pemain baharu pada jendela
perpindahan pemain Januari nanti, tetapi saya tidak mahu para peminat
memberikan jangkaan tinggi sama ada United akan menandatangani
pemain-pemain yang hebat.
"pada masa yang sama, saya juga tidak memikirkan untuk mendapatkan
pemain baharu, sebaliknya akan terus membentuk skuad yang mantap dengan
barisan pemain yang kami ada sekarang.
"Jika kamu berada dalam zon bahaya, kamu mungkin terdesak untuk
melakukan sesuatu tetapi saya fikir, lebih baik fokus dengan skuad
sekarang.
"Sebenarnya, saya telah memiliki ramai pemain hebat untuk meneruskan perjuangan pasukan musim ini.
"Buat masa ini, kami masih mencari rentak sebenar untuk mendapatkan
keputusan yang lebih baik dan ia sudah menjadi sebahagian daripada tugas
saya.
"Saya akan pastikan pasukan ini menikmati perubahan dan mungkin
memberi pertimbangan untuk mendapatkan khidmat pemain baharu jiia
keadaan memaksa," kata Moyes. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan